Isnin, 22 Jun 2009

Aku budak fizikal


fizikmylife!

Dah nak dekat sebulan aku belajar dekat PASUM. Nak comment pasal orientasi? Haaa,aku rasa x banyak kot. Flow orientasi boleh tahan. Haha! Memang ar penat, tapi bukan selalu. Aku dah nak dekat 4 tahun lebih x rasa menjadi mangsa-mangsa orientasi. Havoc! Sangat suka.

Aku,selaku budak fizikal diwajibkan menjadi agresif sebab lecturer sains komputer aku sering mengingatkan kami supaya tidak menjadi seperti budak hayat. Aku rasa macam sama saja. Member-member aku ramai budak hayat. Perangai pun lebih kurang macam aku saja. Mencapap. Ngehh3!

Beza budak hayat dengan fizikal? Budak hayat belajar bio. Budak fizikal x. Itu saja. Haha! Tapi ramai lecturer cakap budak fizikal sangat susah nak score berbanding budak hayat. Perghhhh! Budak fizikal honeymoon? Mana ada. Macam biasa ja. Kerja belambak-lambak macam ngapa lagi. Sengal. Ni aku sengaja meng-update blog sebab KASARA dok bising-bising kat aku sebab aku dah 3 weeks x update blog. Watever! Nak buat macam na. Orang bz la beb. Hehe..

So,aku xbanyak benda nak berceloteh. Just nak cakap sorry kepada semua manusia-manusia yang selalu hisap estacy dekat blog aku ni sebab aku dah jarang nak g melawat blog korang. Semua ni salah lecturer yang bagi kerja belambak. Kalo sesiapa yang x puas hati, boleh amek pistol,tembak je sesapa yang korang x puas hati tu. Dosa tanggung sendiri. Haha! Sayonara beb.








Current mood : gilavavi.kepalalutut.

Sabtu, 23 Mei 2009

Stop sementara

bubuypenangkusayang!


Hadeyhh!



Last day aku update blog and on9 di hometown aku!!! PENANG! i luph u so much.
Nanti kalau cuti, aku balek la. Jangan rindu-rindu aku ok.



NOTA KEPALA ATAS BAWAH :



Bapak and mama – don’t worry la. Anak mu akan ok di sana. You guys sudah biasa dengan ketidakadaan saya di rumah. Haha!
Abang – kau shah alam, aku kat um. Ada pa2,cari ja aku.
Kasara – yu don’t mish mi tau. Gua tunggu lu kat sana. Haha.
Kadura – ko balek Melaka,jangan nak gatal-gatal. Rindu kau. =)







p/s: gonna mish semua blog yang slalu aku lepaking. Wuahhhh. Wish me luck.

Jumaat, 22 Mei 2009

Night at the cinema

Semalam, aku ngan Kasara g tgk wayang cerita Night at the museum 2. Woooo. Sangat best. Banyak gak aksi-aksi yang membuatkam aku rasa macam nak gelak guling-guling. Haha! Abraham Lincoln boleh cakap beb. Menakjubkan! Horaa! Cupid plak siap menyanyi lagu Jonas Brothers. Seriously, u have to watch this movie. Aku just nak promote cerita ni ja. So, kalau tengok wayang, or download, or beli dvd, aku beri jaminan 10000% yang cerita tu kalau ulang sejuta kali pun x rasa boring kot. Hehe. Click ni kalau nak tengok trailer dia. Ok? Ngaa~



Besok, aku and family akan bertolak ke rumah aunty aku kat Gombak. Adeyhhh. 3 more days to go before nak masuk um. Cayok-cayok Nadia!!! =)

Khamis, 21 Mei 2009

War begin!

peperanganharusdimulakan


Misi belum berjaya. Cicak commando masih berlegar-legar di sekitar rumah! Tadi, cicak itu telah menyerang aku! Oh my gosh! Geli! Yekkk! Muntah. Melintasi atas kaki ku. Kalau aku dapat cicak tu,siap ar. Akan ku spray sehingga mabuk. Kurang ajo betol. Aku x suka cicak. Sampai kapan pun,aku x akan suka cicak. Cicak itu menyerang orang! Aku takut la shial punya cicak. Harap-harap kau dah mati kena lenyek dengan peti ais! Amin.



matikauvavipunyacicak

Selasa, 19 Mei 2009

Ada hantu

Aku hanya nak tunjuk kat korang cerita yang berjaya mendapat tempat di jiwa ku ini. Haha!

Ghost
- Aku suka cerita pasal supernatural ni.
- Aku rasa macam cerita ni agak misteri pasal murder.
- Memang ada dalam real life, orang yang boleh tau macam-macam kalau dia pegang something.
- Anding memang hot ar dalam cita ni. ;)
- Cerita yang x mengarut dan x melalut.
- Orang yang boleh tengok hantu, itu sudah semestinya.
- Mesti tonton cerita ni kat 8tv, every Sunday, 10.30 pm. Tapi sekarang dah season 2. Cari ja kat youtube kalau nak tengok all episode for season 1.

Semalam aku tengok cerita Bio-Nik kat TV3. Well, jalan cerita yang menarik jugak. Boleh tahan la macam cerita Bionic Women. Baru 1st episode. Kena tengok semua episode, baru best!

Ahad, 17 Mei 2009

Pindah rumah

sukahatigambarmerepek

Woah. Minggu ni tiada cerita sangat aku nak membebel. Cuma aku agak bz packing barang-barang aku. Daftar 25 ni, tapi aku and family akan bertolak hari Sabtu. Lepas tu, maybe akan stay rumah makcik aku kat Gombak. Semua barang dah siap hampir 60%. Memang beza gila dengan time dulu aku sekolah asrama. Bila nak masuk PASUM ni, lain plak cara nak packing.

Teada baju sekolah! Itu sangat best. Malas ah nak pakai uniform. Seriously, aku sangat malas nak pakai uniform. Dan yang lagi penting, aku kena biasakan diri beli makanan sendiri. Kalau tidak dulu, makan minum aku semua, orang yang feed. Macam anak raja tuh. Dah ar makcik pakcik dewan selera (ds) sekolah aku masak gila bapak sedap! Credit to makcik pakcik ds dan abang-abang ds. Cewah! Saja nak sebut abang ds sebab mereka sangat tidak kedekut. “Abang! Letak kuah lebih”. Mereka hanya senyum gatal and tarok ja kuah tanpa berfikir dua tiga kali. Baik betol. Kalau makcik-makcik ds pulak, mereka ok la bila nak ajak sembang-sembang. Tapi kalau bab-bab nak mintak lauk lebih sikit, mulalah bukak speaker suara nak kata itu ini. Sengal betol! Haha!

Oh, last cerita. Hari tu time buat medical check-up, tinggi aku dah naik loh. Last year, tinggi aku just 168cm ja. Sekarang dah 175cm. Awesome! Dah makin renjong la aku nih. Betol ka bila kita sedu, tinggi kita makin bertambah? Auta atau fakta ek? Entah la. Tapi kalau kat rumah, bila aku sedu ja, Sara or Dura mesti akan kata kat aku “Weh! Mabuk x ajak! Belagak gila minum sorang-sorang. %#$@!!". Sewel punya kakak. Ngaa~

So, kalau aku ada masa, aku akan update blog aku ni. Semua-semua yang selalu hisap estacy di blog aku ni, jangan marah-marah, jangan sedeh-sedeh bila aku x update blog setiap hari. Sila memahami situasi saya yah. Hehe! Bila aku free, akan ku melawat semua blog follower aku ok.




p/s : Happy belated hari guru buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku ataupun yang x kenal aku pun. Haha! Moga-moga gaji cikgu-cikgu di kasi up. =)

Khamis, 14 Mei 2009

Topap vs Pisang Goreng

pisanglebihsedapdaripadatopap

Semalam rasa macam nak topap lepas on the way balek dari buat medical check-up. Time yang sama pulak, My Lord nak makan pisang goreng. So, aku turun la dari kereta and beli pisang goreng RM 2. Aku turun bersama kasara.

S : Nak topap berapa?
N: (dengan semangatnya) 5 ringgit! Haha!

Lepas tu, aku pun check wallet. Gila shial! Ada 2 ringgit ja! Mana cukup. Topap paling minima pun RM 3 weh! Haha. So, aku masuk semula ke dalam kereta lepas beli pisang goreng. My Lord kenapa tah mengidam gila nak makan pisang goreng.

Kemudiannya,

N : Bapak, bak 3ringgit. :D
L : Nak buat pa?
N : Duit x cukup ni.

Lepas dah dapat duit, aku dengan kasara berlari-lari anak ke kedai topap and topap la 5ringgit! Aku Berjaya! Yeah! Sudah sekian lama x topap. Wuheee~

Masuk kembali dalam kereta,

N : Sedap ak pisang goreng ni? Hehe
L : Woih! Mana x sedap. 5 ringgit harga pisang goreng ni. KL pun kalah.
N : Bapak perli ek?
L : Woih, mana ada perli-perli. Betul lah, 5 ringgit kan? (kunyah goreng pisang x benti) *gelak sorang-sorang mengenang nasibnya yang telah terkena ‘kong’ dengan anaknya*

Aku and kasara gelak sampai mengeluarkan air mata. Siot doh, Agagagagga! Bapak ku ini sempat lagi nak perli-perli.

Sebaik sampai saja di rumah, dalam hati aku ni, mesti dah agak dah yang hal pisang goreng berharga RM 5 pasti akan tersebar luas dalam rumah tu. Semua orang dah tau. Bukan salah aku ok. My Lord x tanya pun apa aku nak buat dengan duit 3 ringgit tu bila aku cakap aku x cukup duit tadi. Tapi, before nak keluar beli pisang goreng, memang aku dah bagi tau kat My Lord yang kejap lagi aku nak topap. Haha! Rezeki la tuh. Alaa bapak, 3 inggit ja pun. Wawawawa!

Makaseh bapak. Kau lah jantung hati hempedu ku. Ngaaa~

Selasa, 12 Mei 2009

Aku suka bergayut!

orangmalasnakeditsangat

Last time adik kesayangan aku kol, aku cakap kat dia yang pukol 12 tengah malam, 12 haribulan 5, dia wajibun ghannah kena kol aku! So, he made it! Dia memang kol aku pukul 0002. Aku dengan Nuar sembang x la lama sangat. Actually cakap dalam beberapa minit ja. Sembang punya sembang, tapi aku sikit pun x ingat yang hari ni besday dia. Sorry! Last-last letak talipon macam tu ja. Shit kau bongok x ingat apahal??? =(

D : Weh, x wish besday Nuar ek? Gila la kau!
N : Hari ni berapa haribulan? Bukan la.
S : Gila ang! Hari ni 12! Bongok la kau!
N : Weh bapak! Aku lupa~!
*perbualan sekutu sepapat anak Uncle Samz, (Nadia:Durah:Sarah)*

Terus aku pecut ke ruang tamu and capai talipon rumah. Aku dah la x da kredit. So,kena lah aku guna talipon rumah. Aku lupa! Sorry la Nuar. =’(

Dia cakap tadi, dia nak study. Aku x rasa dia nak angkat kol aku. Ataupun, dia merajuk? Tapi, aku x sangka-sangka dia answer kol aku. Wah! Aku nyanyi lagu besday kat dia. Continue dengan nyanyian yang x beberapa sedap oleh Sarah, serta Durah. Dia rasa touching sangat. Well, aku kakak yang baik. At least, aku orang 1st wish kat dia. Lambat 20 minit ja pun nak wish. Haha!

Masej buat adik kakak :

Nuar, kakak betol-betol x ingat berapa haribulan hari ni. Kalau kakak ingat, memang hari ni jugak kakak g melawat Nuar kat sekolah. SORRY! SORRY! SORRY! Walaupun Nuar macam seronok ja kakak kol Nuar, tapi, kakak sedeh lorh sebab kakak x wish time Nuar kol pukul 12 tu. Wuuu. Kakak sedeh oo. Sedeh sangat-sangat. I know Nuar sayang kakak gak as much as I sayang u. Sorry kalau kakak ada buat Nuar marah or terasa apa-apa. Apa-apa pun, kakak sayang kat Nuar. Kasara pun sayang Nuar. Kadura pun sayang Nuar. Bak kata kasara, ‘Nuar dapat Kanadia. So, Nuar dapat 2 lagi kakak’. Haha! And I wish u supaya jangan sedih-sedih lagi. Mulai hari ni, kakak nak Nuar happy ja. Ok? Cayok-cayok dengan exam addmath besok! Chill!

“Kakak, kalau Nuar dah dapat lesen nanti, Nuar pomish g tgk kakak ok? Sayang kakak! “
~Jangan lupa dengan janji manis mu ituh! Lalalalala~

Kakak tau, Nuar selalu tanya kakak kenapa Nuar lahir lambat dari kakak. Nak buat macam mana. Dah memang ditetapkan macam tu. Even sekarang ibu dengan ayah Nuar dah x tinggal serumah, Nuar jangan buat perangai ok? Nuar buat macam dulu-dulu. Ingat yang sweet memories sudah. Kakak not allowed Nuar nak fikir masalah yang selalu buat Nuar nangis dekat kakak. Kakak x suka. Cuti semester ni, Nuar cadang x nak balik rumah kan? Kakak dah x tau nak buat macam mana lagi. Just kesian kat ibu. Dia tinggal sorang tu. Temankan dia. Adik-adik Nuar kan dengan ayah. Even macam mana sekali pun, dia tetap ayah and ibu Nuar. Kakak just boleh nasihat. U decide, ok darling. Apa-apa pun, HAPPY BIRTHDAY. May God bless you dear. ^^

Isnin, 11 Mei 2009

Kisahku dulu penakut!

hiduplebihindahberadadiatas

Last week punya cerita Keliwon pasal spirit of the coin. Aku teringat time aku form 1. Aku sekolah convent dalam beberapa bulan kejap before aku masuk sekolah asrama.


Masa tu, hujan x la lebat sangat. Petang. Dalam sekitar jam 5 lebih. Hari Jumaat. Tapi suasana time tu macam maghrib. Dalam kelas aku, ada beberapa kerat ja budak melayu. Majority cina and india la. Kawan sekelas aku memang friendly habis. Petang tu, diorang (geng budak cina) ajak aku main seru-seru. Aku bukan paham sangat apa yang classmate aku merepek. Aku cakap aku letih and just nak tengok diorang main. Alasan. Padahal aku bukan tau sangat pasal spirit of the coin(SotC) ni. Haha!

Ada kertas and syiling atas meja. Dorang conteng apa tah atas kertas tu. Aku malas nak ambik kisah sangat. Suasana dalam kelas jadi diam tiba-tiba. Aku pelik la. Apa hal? Aku skodeng la minah-minah yang kusyuk main SotC. Mulut sorang daripada mereka terkumat kamit. Entah apa jampi tah dia tengah baca. Spell la sangat. Keh3! Aku just buat kerja aku. Entah macam mana tiba-tiba rasa sejuk tahap cipan. Dalam otak aku maybe sejuk sebab hujan. Tapi, bulu roma aku meremang tiba-tiba. Gila bapak. Aku takot actually. Agaggagaga!

Then, aku tengok la sekeling aku. Semua muka macam shial. Muka macam cuak macam na tah. Macam terkejut ada gak. Entah ah. Macam-macam riak muka. Adoi la. Aku kalau takot, aku lebih suka baring,lepas tu sandar dekat dengan dinding and pejam mata kuat-kuat! Tabiat entah apa-apa. Makin lama, keadaan makin suram. Harap-harap ada cikgu masuk cepat la weh. Berapa ketika lepas tu, cikgu seni masuk and mangajar macam biasa. Tapi aku still dapat rasa macam ada benda yang x kena. Aku tengok muka member-member aku yang main spirit of the coin tadi. Muka macam takot ja. Dalam hati aku gelak ja ah. Pandai-pandai main sapa suruh.

Aku rasa macam nak pergi tanya classmate aku yang seangkatan dengan aku a.k.a penakut, pasal game yang tadi member-member aku main, before aku balik sekolah. Rupa-rupanya khabar angin la kot, aku pun x sure sangat ah. Actually time aku rasa seram sejuk tadi dalam kelas, spirit kat dalam coin tu dah keluar. And diorang x sempat nak masukkan balik spirit tu dalam coin tu. Waaa. Aku malas nak percaya sangat. Tapi, time tu kan baru form 1, so, agak percaya la dalam 80%. Bongok-bongok lagi. Haha! Malas nak fikir panjang. Terus aku balik rumah. Cuti. And x ingat dah lepas tu pasal game tu. Next week lepas kejadian tu, classmate aku yang beria-ria main game SotC hari tu, dah jadi makin pendiam and serabut serabai. Entahh. Malas nak tanya apa-apa. Full stop. End of story.

Masih lagi berkeliaran kah engkau huh? O_o ..wuuuuu..


p/s: Kadang-kadang saya seorang yang sangat penakut. So what? Ada masalah ka? Haha! ^^

Ahad, 10 Mei 2009

Nafsu kurang

melelehhingusaku

Waaa. Sedeh la cerita cerekarama Tv3 semalam. Air mata aku sedikit terkeluar kot. Kasara pun nangis gak. Keh3! Weh, gila emo time ending cerita tu. Aku malas la nak hurai panjang-panjang cerita tu. Siapa yang tengok cerita tu, maybe korang pun akan emo macam aku gak. Macam na la nanti nasib aku bila dah kawen. Kalau sesiapa yang just tonton ja cerita tu,and x hayati langsung, mungkin x dapat feel la kot. Lalalalalalla.. Aku cakap betol la. Menantu penampar mak mentua. Wow! Awesome la beb. Haha! Last-last, mak mentua yang mintak maaf sebab fitnah menantu dia bukan-bukan.

Emo weh! Emo! Aku cakap emo! I’m crying. So what huh? Sedeh! Aku sedeh! Nak post blog pun hidong aku berair lagi tau.

Dah ar, malas nak fikir pasal tu lagi. Baik aku fikir benda yang lebih best. Jap lagi aku akan bershopping.
Haha! SALE! SALE! SALE!

Ok2,dah 2 hari aku x update blog. Sorry bebeh. Tiada mood or kata lain, nafsu untuk mengarang ayat panjang bla bla bla bla. Itu saja. Sekarang pun, aku rasa malas. Hehe! Penyakit sudah mari. Ngaa~
Chow.
=)

p/s : Happy mother’s day! Lurve u damn much, mama. <3>

 
template by nadiasamz