Rabu, 1 April 2009

Dalam sejarah

April Fool? Haha! Tarikh ini masih lagi aku ingat sebab aku ada sejarah pada tarikh tu pada beberapa tahun yang lalu. Masalahnya bukan kawan-kawan aku yang kenakan aku,tapi cikgu loh.

Aku sebenarnya time tu x ingat pun berapa haribulan semasa hari kejadian. Tiba-tiba dengan muka bengis x pasal-pasal cikgu math aku marah-marah aku and cakap yang kenapa aku fail apa kejadah tah dia beleter. Aku macam nak nangis ja ah sebab aku minat math tahap gaban. X sangka pulak yang aku fail. Waaaa. Rasa macam nak terjun dari top floor asrama aku.

Beleter dah la lama. Aku kena berdiri depan meja cikgu pulak. Semua cikgu jabatan maths tengok pelik ja kat aku. Ya lah. Dah kena marah macam sial. Aku rasa macam bangang gila. Lepas tu,cikgu aku tu suruh aku check kertas aku sendiri yang mana salah. Aku pun dengan rasa sedih nak mampos,dah macam bangang,check la kertas aku balik. Aku pun tengok la balik.

Huih? Dalam kertas exam tu aku salah 4 soalan ja. Xtau la kot-kot cikgu silap tengok ka apa. Aku takot la nak tanya cikgu. Nanti x pasal-pasal dia cakap aku ni bangang betul. Waaaa. Aku tunduk ja. Pastu aku nampak la sikit muka cikgu aku kat celah-celah kertas yang aku tengah konon-konon recheck. Dia senyum-senyum pulak. Adoi.

Apa pulak ni. Pastu dia bagi kat aku cekelat Cadbury. Wow. Pastu dia cakap “saja nak gurau. April fool lah. kamu dapat highest la dalam kelas”. Nasib baik jantung aku x tercabut. Aku xboleh nak bercakap. Suara stuck! Aku ambil pen dalam poket aku and terus tulis dekat atas test pad yang selalu aku bawa bersama.


Cikgu just ketawakan aku. Aku rasa macam nak pitam. Lepas saja aku terkena,aku melulu cari toilet. Peluh-peluh muka aku. ^^ Nak basuh muka sikit. Rasa x tahan dah. Nak nangis semua ada. Haha! GUA KENA BEB!!!! Wawawawawa..

6 Tempahan:

Cob Nobbler berkata...

Cikgu yang gila.
Haha!

NAZ berkata...

yayyy kalau i jadi cikgu.
i suruh u balik esok u datang
baru cakap aprilfool haha :)

Unknown berkata...

ish3!

Nadia Samz berkata...

nami: haha! ya la kot.

Nadia Samz berkata...

naz: u mmg jahat.
:P

Nadia Samz berkata...

kasara: gila!

 
template by nadiasamz