Sabtu, 31 Januari 2009

Lepak-lepak

Semalam aku bercanda-canda dengan sis aku Sarah Samz and my kazen. Kami ke tempat usual yang sudah menjadi port kami melepak sejak-sejak cafe ini di buka : Island Red Cafe. Jadi aku bersama yang lain bercanda di situ dari pukul 3 petang sehinggalah 7 malam. Kemudiannya, kami ke rumah tok kami untuk solat maghrib di situ.


Tepat jam 8 malam,kami keluar ke Sunway Carnival. Tujuan utama kami ke Sunway Carnival adalah untuk ke Giant-menemani kazen aku bershopping di situ bersama keluarganya. Tapi hajat aku dan sis aku tergendala apabila ‘Bride Wars’ akan ditanyangkan pada pukul 9 malam itu juga di Golden Screen Cinema Sunway Carnival. Jadi,tanpa memikirkan apa-apa,aku dan sis aku terus membeli tiket wayang. Selepas itu,aku dan sis aku memberitahu kepada kazen aku bahawa kami tidak jadi untuk menemaninya membeli belah di Giant bersama keluarganya.


Yeah! Akhirnya cerita yang telah aku nanti-nantikan dapat juga aku menontonnya. Jadi, cerita ini sebenarnya menceritakan tentang 2 sahabat baik: Liv dan Emma, yang akan berkahwin pada tarikh yang sama dan tempat yang sama. Sebelum perkahwinan itu dirancang,Liv berjanji akan menjadi ketua pengapit pada hari perkahwinan Emma. Manakala Emma juga berjanji yang sama pada hari perkahwinan Liv. Bagaimanakah mereka menyelesikan masalah mereka ini??
p/s: Saksikan cerita ini di pawagam. Yesh3!!

Rabu, 28 Januari 2009

Youtube

Lupa pulak aku nak bagi tau. Kalau rajin-rajin, anda dijemput membuka youtube untuk melihat video yang telah di upload oleh aku dan kakak-kakak aku.

http://www.youtube.com/watch?v=3f0iEgPeTHY


Dah nak dekat setahun video tu ada dalam youtube. Aku dan kakak-kakak aku memang suka melakukan perkara seperti dalam video tersebut. Kami suka mendengar apa-apa lagu yang kami rasa pelik dan meneka apa yang sedang dikatakan oleh penyanyi tersebut. Lalalalala.

Ataupun anda boleh sahaja melihat video tersebut di bawah ini. Hope you will enjoy it.

Isnin, 26 Januari 2009

Renungkanlah

Salam.. Kepada semua yang bergelar muslim,hari ini pakar mete0logi bahagian bunyi dari Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi.Menurut para ulama,kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal yg brusaha untuk naik ke muka bumi.0leh itu,kita disuruh sentiasa x berhenti azan dan s0lat..

Think about it


p/s: Jadi,marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah dan meminta pertolongan daripadaNya supaya kita dilindungi daripada malapetaka dan bencana di dunia mahupun di akhirat.

Sabtu, 24 Januari 2009

Hari ini bukan semalam

Semalam aku dah mencuba nasib dengan kereta. Hari ini pula, 1st time aku bawak motosikal. Aku x sangka yang aku ni macam penunggang hebat lah. Rupa-rupanya baru aku tau yang bawak motosikal ni bukan susah mana pun. Aku harap-harap lepas ni aku boleh dapat lesen cepat sikit. Dah malas lah nak buat praktikal. Heeeee.


Rock star

Aku hari ni keluar dari rumah pada pukul 8.30 pagi. Walaupun dalam jadual aku ditulis start pada pukul 8 pagi, aku sengaja keluar lewat dari rumah. Sebab aku dah tau,kalau aku pergi awal ke sana, aku hanya membazirkan masaku dengan duduk termenung menunggu giliranku. Hahahahaha. X pa lah. Aku x dak apa yang nak diceritakan lagi. Yang pasti,tadi aku pusing satu IDI macam orang gila dengan menunggang motosikal cabok kat situ. The end.

Jumaat, 23 Januari 2009

Hari ini

.Afraid.

Hari ini aku ada praktikal kereta. Fuh,jantungku berdebar-debar. Sebanarnya aku agak takut dengan kereta manual. Rasa macam susah ja nak kacau-kacau ‘clutch’. Malas lah nak main-main gear. Hari ini uncle yang ajar aku ni agak peramah. Aku ngomong sama dia aku enggak pernah bawa mobil seumur hidup aku.Hahahhaha. Amacam? Aku hebat x cakap bahasa indon? Well,peminat setia cerita Malin Kundang neh.

So,first sekali uncle tu yang ajar macam mana nak bawa nak main gear semua. Aku just duduk di sebelah dia dan nganga. Hehehehe. Then,30minit lepas tu, dia suruh aku bawa pula kereta tu. OMG! Aku dah la x pandai main clutch. Aku hentam ja lah. Aku start enjin,dia bagi arahan,aku ikut ja.

Aku hampir luruh jantung apabila enjin aku mati di atas bukit. Waaaaa. Aku x tahu nak buat apa. Hampir 5minit aku hidupkan enjin,kemudian mati semula enjin kereta itu sebab aku melepaskan clutch dengan rakusnya. Wuwuwuwuw. Kemudian,uncle tu meninggalkan aku sendirian di dalam kereta dan membiarkan aku membawanya sendiri. Apa lagi,aku pun mencuba nasibku sendiri di dalam kereta yang buruk itu. Hahahahaha =)

Yes! Aku dah berjaya mengawal clutch dengan jayanya. Lupa pulak,kelas praktikal lesen D ni start pukul 12:30 tengah hari dan tamat pada pukul 4 petang. Perutku bagaikan orang bermain gendang kerana dari pagi aku tidak menjamah apa-apa. Ala-ala Jumanji lah perut aku. Heee. Tepat jam 4:10 petang,mama aku datang ke IDI dan membawaku pulang ke rumah.

Sebelum sampai dirumah,mama aku singgah kejap di rumah tok aku. Apa yang aku tahu sekarang,aku perlu mencari makanan. Apa lagi,bila ternampak ada nasi dan lauk terhidang,aku melabuhkan punggungku di kerusi dan Bismillahhirahmanirrahim. Fulamak! Sedap gila tok aku masak. Siapa-siapa nak mencuba masakan tok aku,anda dijemput ke rumah tok aku dan melantak sepuas-puasnya. Nak alamat rumah tok aku? Woh,susah nak bagi tau. Tapi anda boleh rujuk di lama web www.bolehbelah_banyakcantikmuka.com!

Khamis, 22 Januari 2009

La Vendetta


Ada satu cerita di tv9-dekat dihati setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 12.00tengah hari. Tajuknya La Vendetta. Cerita ini ala-ala gabungan cerita hantu,cinta,aksi dan sebagainya. Aku tidak pernah melepaskan satu pun daripada episodnya di tv. Aku menjadi penonton setia cerita itu. Aku just nak ajak korang semua try la tengok cerita ni. Kalau korang download cerita ni pun,aku rasa mesti korang akan tengok cerita ni ulang-ulang kali. Hahahhahah. =)



P/s: Aku hanya nak promote cerita ni ja. *seram*

Last night

Semalam aku ke Sunway Carnival sebab nak menonton wayang. Kali ini,kakak aku,Sarah yang belanja. Lagipun,semalam merupakan hari Rabu,jadi tiket wayang paling murah.Aku hanya mengeluarkan wang sebanyak seringgit sahaja untuk tiket wayang. Pada mulanya aku mahu menonton cerita They wait. Tapi,rancanganku berubah apabila kakakku membeli tiket wayang cerita Outlander.


Tittle: Outlander
Time : 9.35pm
Place : Golden Screen Cinema Sunway Carnival


Cerita ini ditanyangkan pada new year,tapi aku dan kakakku baru saja hendak menontonnya. Cerita ini agak menarik. Heronya juga boleh tahan kacaknya. Aku tidak akan menceritakan sinopsisnya disini kerana aku mahu korang semua menonton cerita ini sendiri. Sebab cerita ini memang best! Grafiknya juga cantik.

Lupa pulak nak inform,orang yang buat cerita Outlander juga merupa orang yang sama menerbitkan cerita Lord Of The Ring. Kalau siapa-siapa yang dah tengok cerita ni,komen sikit yah. Biar aku boleh tahu pendapat korang tentang cerita ni.

Selasa, 20 Januari 2009

HOt

Aku kagum dengan Indian Idol yang first. Abhijeet sawant punya suara memang sedap. Memang suara dia sangat hebat. 1st time aku dengar dia menyanyi time asian idol 2007,aku rasa w0w! Hahahahha. Kalau x percaya,try la download lagu-lagu dia. Memang sedap. Walaupun dia x menang asian idol,tapi he’s still hot. Aku rasa,nanti semua lagu-lagu hindustan dia yang akan menyanyi. Dia dah kawin. Waaaaa. Aku rasa sangat kecewa. =(


Kalau nak tengok dia pnya video clip yang aku rasa best, click ni yah.

http://www.youtube.com/watch?v=6HoknbARSlI


Mesti best punya. X akan menyesal lah. Kalau boleh,aku nak dia buat persembahan kat Malaysia. Dan aku akan beli tiket yang paling depan. Hahahahaha. I love him. My second hero. Lalalalala.

p/s:He’s mine. =)

Selasa

Aku sangat bosan dirumah. Aku hanya bekerja pada hari Isnin,Khamis dan Sabtu sahaja. Hari-hari lain,aku tidak tahu untuk melakukan apa. Nak menonton wayang,aku sengket. Duit x ada daa. Hehehehhe. Besok aku rasa nak pergi melawat kawan aku yang sudah lama aku tidak bertemu dengannya hampir 5 tahun. Ini baru perancangan. X tahu sama ada jadi ataupun tidak besok. Aku dirumah hanya on9. Blog. Friendster. Myspace. Yahoo messenger. Youtube. Game. Hari-hari aku ulang benda yang sama. Kadang-kadang sudah naik muak lah.

Aku tidak begitu giat bermain game Virtual Villagers sejak tamadun aku yang dulu hancur lebur. Jadi aku sengaja membina tamadun yang baru dan biarkan mereka tiada makanan untuk dimakan. Jadi semua penduduk kampungku mati kelaparan. Hahahahha. Adakah aku begitu kejam? Tidak! Mereka hanyalah di alam game sahaja. Biarkan saja mereka semua mati. Jadi aku hanya perlu membiarkan waktu berlalu begitu sahaja. Oh,berkaitan dengan apa yang sedang melanda sekarang, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang sudah meninggal kerana telah mempertahankan tanah air mereka daripada dirampas oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan. Moga-moga mereka yang bersalah akan mendapat balasan yang setimpal daripada Tuhan yang Maha Kuasa.

peace!

Isnin, 19 Januari 2009

M.U.H

Semalam Anugerah Juara Lagu 23, aku sokong ar Meet Uncle Hussain menang. Memang patut pun! Tapi aku nak bangkitkan satu isu yang patut kita fikir sekejap.

M.U.H dapat RM25,000 sebab menang sebagai juara dan dapat RM12,000 sebab menang kategori pop rock. So,diorang dah dapat RM37,000 yang perlu dikongsi. Kita lihat pula pemenang persembahan terbaik,pemenang kategori balada dan vokal terbaik iaitu Faizal Tahir. He’s rock bebeh! Dia dapat RM10,000 + RM12,000 + RM10,000 = RM32,000. So,dia dapat banyak tu sorang. Fulamak!



So,kalau la aku yang boleh tetapkan duit yang akan diberikan kepada pemenang,aku akan bagi RM50,000 dekat M.U.H!! hahahahhahah. =)

Ahad, 18 Januari 2009

Friend

If I had all the money in the world but know one to enjoy it with, I would be depressed. Admittedly that's an extreme example, but the truth is that all of the enjoyable things in the world get old quickly without a friend to share them with. On the other hand, if I was experiencing all the hardships in the world, I would go insane without the aid of a friend. People that don't have anyone to socially interact may lose their minds and develop an imaginary friend just to ease the loneliness. Human interaction is necessary.

It is simply the way that we are wired.

Gila Sh0pping!

Semalam merupakan kali pertama dalam hidup aku keluar ber-SHOPPING dari pukul 1:30pagi sehingga pukul 4 pagi.

Wah, aku sungguh tidak percaya lah. Aku ke PACIFIC- Megamall Penang bersama mum,dad and my sis. Sis aku yang sorang lagi tidak dibenarkan ikut kerana keesokkan harinya dia bekarja.

SALE!

SALE!

SALE!

70%!

50%

30%

Wooooooo.. mataku bertukar menjadi hijau. Tanpa membuang masa, aku pun mencari-cari baju yang aku rasa cun! So,tepat pada 3:15pagi, aku telah mendapatkan 3helai baju yang tersangatlah lawa. H0h0h0h.. Mum aku cakap aku boleh mendapatkan sehelai lagi baju dan sehelai seluar. Hah! Aku terus keep on searching for my baju dan seluar.


Wah,selepas mum aku membayar semua baju-baju dan seluar tadi, kami pun berangkat pulang ke rumah. Kami selamat tiba di rumah tepat pada jam 4:05pagi. Aku masih tidak mahu melelapkan mata sehingga aku selesai menggantungkan semua baju-baju baruku di dalam almari ajaibku. =)

Selepas itu,aku ZZzzzzZZZZzzz...

Jumaat, 16 Januari 2009

Libra- zodiak aku!


* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.


Tapi bukan semua di atas ni betul! hahahhahahaha.. =)
kawan aku yang bagi- 'Wani'

SORRY

Sorry sebab aku dah lama x update blog aku ni. Kalau semua nak tau, aku agak busy dan banyak lagi benda lain yang perlu aku buat. So, perkara-perkara yang telah aku lakukan sepanjang aku x update blog aku ni ialah:

1. Aku dah addicted bermain game Virtual Villagers - The Lost Children. Walaupun main game ni memerlukan kesabaran yang tinggi,tapi aku tetap berusaha untuk membina satu tamadun yang sukses! Tetapi pada tanggal yang x perlu diingat lagi,semua penduduk-penduduk di Platitude Island telah mati keracunan makanan. OMG! Aku sangat tidak percaya dengan kejadian buruk yang telah menimpa tamadunku. Aku sangat kecewa dan tiada apa yang dapat mengubat luka di hati ku ini. =(







2. Aku juga bekerja sebagai lebih kurang macam cikgu tusyen di sebuah pusat tusyen iaitu KUMON. Aku telah beradang untuk mencari duit sebab aku dah semakin pokai. Majikan aku merupakan bapa saudaraku sendiri.


3. Aku juga turut bekerja sebagai orang gaji di rumahku sendiri. Kekadang aku dibayar, kekadang apa pun x dapat kecuali pahala sahaja. =)



4. Last sekali, aku selalu sangat lepak-lepak dengan kakak aku kat luar. Pergi mana? Ada laa.. Some where only we know! Kalau nak tau apa-apa,tengok 'Reveals'. No time nak update blog.

Hahahahha. So,perkara-perkara di ataslah yang telah menyebabkan aku terstop dari meng-update-kan aku punya blog. Sorry again eh. Tapi sekarang aku dah kembali!

Khamis, 1 Januari 2009

Tahun baru!

Hari ni memang bosan gila. So, aku dan kakak aku bercadang nak keluar tengok sepupu-sepupu aku masuk competition menyanyi di Carefour,Seberang Jaya. Aku pun rasa teruja jugak nak tengok competition tu. Pukul 8malam aku keluar rumah dan terus ke destinasi impian. Lalalala.. Sepupu-sepupu aku masuk final. Ada lima orang peserta yang akan bertanding untuk final ni. Sepupu aku yang masuk final ni ada 2 orang. Aku harap-harap diorang akan menang lah dalam competition ni. Sebelum competition ini bermula, ada la sikit tarian dari group club sepupu-sepupu aku yang juga masuk competition menyanyi ni.



Sepupu aku jadi peserta yang keempat dan kelima dalam competition ni.Sepupu aku yang menjadi peserta yang keempat telah mendendangkan lagu Unfaithful nyanyian Rihanna. Manakala sepupu aku yang menjadi peserta yang kelima menyanyikan lagu Teman tapi mesra dari kumpulan Ratu. Dalam final ni,hanya seorang budak lelaki yang layak masuk. Dia akan berlawan dengan empat peserta yang semuanya berlainan jantina daripadanya.



Before nama-nama pemenang diumumkan,satu lagi persembahan dari group club budak menari tadi dengan lagu Sway. Sangat hebat tarian mereka. Budak lelaki ini telah membuatkan aku kagum dengan tariannya yang begitu mengasyikkan.



So,inilah pemenang untuk final ni. Sepupu aku yang menyanyikan lagu Teman tapi mesra telah merangkul tempat yang ketiga dalam pertandingan ini. Untuk pengetahuan semua, budak perempuan yang dapat nombor satu itu telah menggoyangkan dunia dengan nyanyiannya dari album Inul iaitu Goyang Inul! XD

Wah, kalau nak masuk competition dan menang, jangan lupa untuk menarik perhatian pengadil dan penonton dengan goyang-goyang. Hak3!!




Lepas semuanya sudah selesai,jam masih menunjukkan pukul11 malam. Masih ada sejam lagi untuk menjelang tahun baru. Jadi,aku dan kakakku serta sepupu-sepupu aku telah mangambil keputusan untuk ke pantai untuk melihat bunga api. Gilalah! Ramai sangat orang disini. Aku dan yang lain menyambut tahun baru dengan melihat bunga api yang dilepaskan di udara di Pantai Bersih,Pulau Pinang. Happy New Year semua!!!!!

Welcome 2009..











 
template by nadiasamz