-
Jumaat, 23 Januari 2009
Hari ini
Hari ini aku ada praktikal kereta. Fuh,jantungku berdebar-debar. Sebanarnya aku agak takut dengan kereta manual. Rasa macam susah ja nak kacau-kacau ‘clutch’. Malas lah nak main-main gear. Hari ini uncle yang ajar aku ni agak peramah. Aku ngomong sama dia aku enggak pernah bawa mobil seumur hidup aku.Hahahhaha. Amacam? Aku hebat x cakap bahasa indon? Well,peminat setia cerita Malin Kundang neh.
So,first sekali uncle tu yang ajar macam mana nak bawa nak main gear semua. Aku just duduk di sebelah dia dan nganga. Hehehehe. Then,30minit lepas tu, dia suruh aku bawa pula kereta tu. OMG! Aku dah la x pandai main clutch. Aku hentam ja lah. Aku start enjin,dia bagi arahan,aku ikut ja.
Aku hampir luruh jantung apabila enjin aku mati di atas bukit. Waaaaa. Aku x tahu nak buat apa. Hampir 5minit aku hidupkan enjin,kemudian mati semula enjin kereta itu sebab aku melepaskan clutch dengan rakusnya. Wuwuwuwuw. Kemudian,uncle tu meninggalkan aku sendirian di dalam kereta dan membiarkan aku membawanya sendiri. Apa lagi,aku pun mencuba nasibku sendiri di dalam kereta yang buruk itu. Hahahahaha =)
Yes! Aku dah berjaya mengawal clutch dengan jayanya. Lupa pulak,kelas praktikal lesen D ni start pukul 12:30 tengah hari dan tamat pada pukul 4 petang. Perutku bagaikan orang bermain gendang kerana dari pagi aku tidak menjamah apa-apa. Ala-ala Jumanji lah perut aku. Heee. Tepat jam 4:10 petang,mama aku datang ke IDI dan membawaku pulang ke rumah.
Sebelum sampai dirumah,mama aku singgah kejap di rumah tok aku. Apa yang aku tahu sekarang,aku perlu mencari makanan. Apa lagi,bila ternampak ada nasi dan lauk terhidang,aku melabuhkan punggungku di kerusi dan Bismillahhirahmanirrahim. Fulamak! Sedap gila tok aku masak. Siapa-siapa nak mencuba masakan tok aku,anda dijemput ke rumah tok aku dan melantak sepuas-puasnya. Nak alamat rumah tok aku? Woh,susah nak bagi tau. Tapi anda boleh rujuk di lama web www.bolehbelah_banyakcantikmuka.com!
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 6:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 Tempahan:
xpa, esk kt bercanda di island red.
:D
hehe!
cehhh.
ya3.
makan smpai puas.
waaaaa
Catat Ulasan