Selasa, 20 Januari 2009

Selasa

Aku sangat bosan dirumah. Aku hanya bekerja pada hari Isnin,Khamis dan Sabtu sahaja. Hari-hari lain,aku tidak tahu untuk melakukan apa. Nak menonton wayang,aku sengket. Duit x ada daa. Hehehehhe. Besok aku rasa nak pergi melawat kawan aku yang sudah lama aku tidak bertemu dengannya hampir 5 tahun. Ini baru perancangan. X tahu sama ada jadi ataupun tidak besok. Aku dirumah hanya on9. Blog. Friendster. Myspace. Yahoo messenger. Youtube. Game. Hari-hari aku ulang benda yang sama. Kadang-kadang sudah naik muak lah.

Aku tidak begitu giat bermain game Virtual Villagers sejak tamadun aku yang dulu hancur lebur. Jadi aku sengaja membina tamadun yang baru dan biarkan mereka tiada makanan untuk dimakan. Jadi semua penduduk kampungku mati kelaparan. Hahahahha. Adakah aku begitu kejam? Tidak! Mereka hanyalah di alam game sahaja. Biarkan saja mereka semua mati. Jadi aku hanya perlu membiarkan waktu berlalu begitu sahaja. Oh,berkaitan dengan apa yang sedang melanda sekarang, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang sudah meninggal kerana telah mempertahankan tanah air mereka daripada dirampas oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan. Moga-moga mereka yang bersalah akan mendapat balasan yang setimpal daripada Tuhan yang Maha Kuasa.

peace!

0 Tempahan:

 
template by nadiasamz