Khamis, 1 Januari 2009

Tahun baru!

Hari ni memang bosan gila. So, aku dan kakak aku bercadang nak keluar tengok sepupu-sepupu aku masuk competition menyanyi di Carefour,Seberang Jaya. Aku pun rasa teruja jugak nak tengok competition tu. Pukul 8malam aku keluar rumah dan terus ke destinasi impian. Lalalala.. Sepupu-sepupu aku masuk final. Ada lima orang peserta yang akan bertanding untuk final ni. Sepupu aku yang masuk final ni ada 2 orang. Aku harap-harap diorang akan menang lah dalam competition ni. Sebelum competition ini bermula, ada la sikit tarian dari group club sepupu-sepupu aku yang juga masuk competition menyanyi ni.



Sepupu aku jadi peserta yang keempat dan kelima dalam competition ni.Sepupu aku yang menjadi peserta yang keempat telah mendendangkan lagu Unfaithful nyanyian Rihanna. Manakala sepupu aku yang menjadi peserta yang kelima menyanyikan lagu Teman tapi mesra dari kumpulan Ratu. Dalam final ni,hanya seorang budak lelaki yang layak masuk. Dia akan berlawan dengan empat peserta yang semuanya berlainan jantina daripadanya.



Before nama-nama pemenang diumumkan,satu lagi persembahan dari group club budak menari tadi dengan lagu Sway. Sangat hebat tarian mereka. Budak lelaki ini telah membuatkan aku kagum dengan tariannya yang begitu mengasyikkan.



So,inilah pemenang untuk final ni. Sepupu aku yang menyanyikan lagu Teman tapi mesra telah merangkul tempat yang ketiga dalam pertandingan ini. Untuk pengetahuan semua, budak perempuan yang dapat nombor satu itu telah menggoyangkan dunia dengan nyanyiannya dari album Inul iaitu Goyang Inul! XD

Wah, kalau nak masuk competition dan menang, jangan lupa untuk menarik perhatian pengadil dan penonton dengan goyang-goyang. Hak3!!




Lepas semuanya sudah selesai,jam masih menunjukkan pukul11 malam. Masih ada sejam lagi untuk menjelang tahun baru. Jadi,aku dan kakakku serta sepupu-sepupu aku telah mangambil keputusan untuk ke pantai untuk melihat bunga api. Gilalah! Ramai sangat orang disini. Aku dan yang lain menyambut tahun baru dengan melihat bunga api yang dilepaskan di udara di Pantai Bersih,Pulau Pinang. Happy New Year semua!!!!!

Welcome 2009..











7 Tempahan:

shafiq shukri berkata...

aik.
dgn kanak2 riang kaa?
kaa ank 2?
:PP

shafiq shukri berkata...

bersama kanak2 riang?
ka ank semua 2?
hahaha

Nadia Samz berkata...

podahh!
anak angkat lahh..
XD

Sarah Samz berkata...

weh pompuan, jom bercanda lagi.

Along Arman berkata...

tahniah untuk sepupu nadia..
hip hip huraaa!!!

Nadia Samz berkata...

jom3!!
XD
bercanda.

Nadia Samz berkata...

sepupu beb!
sama2 hebat!
:)

 
template by nadiasamz