Jumaat, 6 Februari 2009

Hal ni amat serious!

Al-kisah, Wani Rushdan (kawan baik aku time sekolah menengah dulu until now) bercadang nak tidur di rumahku selama tiga hari. Tiba-biba dia menelefonku dan menukar cadangan bahawa dia mahu ke rumahku, Seberang Perai- straight dari Alor Star,dengan menaiki kereta ayahnya yang dipandu oleh sepupunya Amir. Dia turut ditemani oleh sepupunya satu lagi, Hatim. Jadi mereka datang menjemput aku dirumahku. Kami keluar pada sebelah petang 04.02.09. Hiipp2 horayy! Sepanjang perjalanan aku berbual-bual dengan Wani. Sudah beberapa bulan aku tidak bersemuka dengannya. Rindu ohhh! Hahahhahah..

Kemudian, kami ke jeti Butterworth untuk ke sebelah pulau dengan menaiki feri. Yah,kami tiada arah tuju sebenarnya. “Kalau korang nak ronggeng kat belah sini,aku memang x tau jalan”,kata ku sambil menjeling-jeling ke arah si driver,Amir. Amir mengadu kelaparan. Haishhhh. Manalah aku tahu sangat tempat-tempat kat sini. Hati kecilku asyik mengulangi ayat yang sama sejak tadi. Selepas kami makan di gerai tepi jalan,*murah sikit,sep bajet*,kami meneruskan perjalanan kami untuk ke pantai.

Kelawaan : Nadiasamz


kelaparan



Jadi,penggembaraan kami bermula di pantai. =D

Tibanya kami di pantai, Amir memberi cadangan kepada Wani untuk membelanjanya menunggang kuda. Yeee haaaa!! Kami x lah nak tunggang kuda tu sebab masa kami terhad sikit. So,ambil gambar dengan kuda baru style sikit. Hahahahahha.. *banyak perkara berlaku di pantai. X payah lah aku nak buat gosip kat sini* keh3!!


Kuda skandal baru

Mereka baru lepas terjun dari kuda. XD

Skandal seterusnya. His name is Rey~ W0w

Peta: harta karun.

Lepas dah koya2,kami pun berangkat pulang ke sebelah seberang dengan menaiki feri lagi. Konon-konon sep minyak. Heeee. Iya2,betullah tu. Aku sokong. Sep minyak. ^^


Lepas tu,Wani nak belanja kami menonton wayang cerita Ong Bak 2. Kami pun ke Jusco Perda City. Adeyhhh,wayang tu start pukul 11.20pm. Wow,lambat pula nanti Wani nak balik rumah. Aku x kisah balik pukul berapa pun sebab my dad dah bagi green light lorhh! Before tu,aku membawa mereka ke Island Red Café. Hah,melantak lah apa yang korang nak.

Then,kami pun tukar plan nak menonton cerita tu di Sunway Carnival. OMG! Sama juga lah kat sini. Tapi lagi teruk. Start 11.30pm and tiket selling fast pulak. Ini boleh menimbulkan kemarahan. So,Amir menelefon mak Wani untuk memberitahu yang mereka akan pulang sedikit lewat. Hoyeahh! Mereka telah diberi green blue white yellow light. Yes! Masa kami nak membeli tiket,yang tinggal hanya sit yang paling depan sekali. Arghhhhhh! Apa lagi,kami tukar untuk menonton cerita Ong Bak 2 di Jusco semula. Kali ini Hatim yang drive. Nak pecah rahsia sikit. *dia belum ada lesen* waaaaa,takot! Kami tiba di Jusco dengan selamatnya. Thanks to Hatim:pemandu tanpa lesen. Jadi,kami pun menuju ke panggung.

Ong Bak 2 ~R.I.P =(

Tiba-tiba saja Wani memberitahu kami bahawa ibunya menyuruh dia pulang ke rumah segera. Heh? Bukan tadi dah diberi green light ka? Kepala aku dah pening nih. Dijadikan cerita pula Si Wani menelefon kembali ibunya untuk melaporkan penukaran plan kami. Yah! Sepatutnya dia x perlu lah nak memberitahu ibunya buat kali ke-2. Ibu mana yang x risaukan anaknya pulang lewat ke rumah. Nak buat macam mana. Kena lah diorang menghantar aku pulang ke rumah dan mereka juga akan straight ke Alor Star. Huih? Susah betul dengan kawan aku sorang ni. Ingat2!! Jalan bengkang bengkok tidak sesuai pada yang lurus! Waaaa~ Aku dan Wani dan semua pulang dengan hati yang lara~ =(

*Tapi Wani, aku enjoy loh kuaq ngan ang. Rajin-rajin mai ah tidoq umah aku. Heeee =)*

2 Tempahan:

wanierush berkata...

Hari yang paling tidak akn ku lupakan.. tapi..bajet aku SAVE...hahaha

Nadia Samz berkata...

sep gila minah neh.

 
template by nadiasamz