Selasa, 31 Mac 2009

Kumpul banyak-banyak

Tagged by Pia

First

1 . nyatakan seorang rakan alam maya yang paling lama anda kenal
MUZ

2 . ceritakan perihal rakan anda itu serba sedikit
Sewel. Mereng.

3 . nyatakan bagaimana anda berkenalan dengannya3 . sertakan best picture and worst picture :)
Kawan kepada kawan akuh. Haha!




4 . tag 5 orang rakan anda yang lain

#kasara
#Ainina
#Marlina
#Amir Acap
#Ahmad Nazri


Second

1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Plat.it.ude. sebab kata-kata basi bukan air liur basi la. haha! Kasara yang bagi.

2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://www.nadiasamz.blogspot.com/. kan tadi dah cakap. Kasara bagi. ^^

3)Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
sukahati mak bapak.

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
x pernah.

5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
pia? Haha! Sweet. ^^

6)people to tag

#kasara
#Ahmad Nazri
#Ainina
#Nami

Third

yeahhh!

5 hadiah yang anda impikan:
#hari-hari dapat duit yang banyak
#rumah agam view laut
#kereta yang pakai elektrik yang baru tuh
#iPhone yang dibagi oleh kasara. Haha!
#komik-komik yang aku x beli lagi

5 Alasan terhadap pilihan tersebut:
# boleh pergi shopping baju setiap hari
#tenang sikit hidup
#nak try bawak
#sebab kasara nak lanja
#aku suka komik tahap malaria

5 Impresi terhadap orang yang diminati-
#rasa nak jumpa hari-hari sebab dia hot
#dia sangat cool walaupun kentut. Haha!
#dia tersangat simple sebab dia hebat. Ngaa~
#mudah cair di depannya.
#aku xkisah apa orang kata pasal dia

5 Perkara hebat yang pernah dilakukan:
#semua perkara yang aku buat hebat loh. Agagaggaga~

5 Ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi):
#family
#biawak dan katak
#camera
#game
#kaki

5 Perkara yang dibenci
#kena marah
#marah orang
#orang merajuk
#sakit
#lelaki muka macam bangang

5 Orang yang hendak ditag:
#Ainina
#Marlina
#Ahmad Nazri
#Che Det ^^
#Pak lah =P

Isnin, 30 Mac 2009

Jangan baca

hantu setan mari sini.


Esok.
Lusa.
Tulat.

Ulat.
Kulat.
Bulat.

Cokelat.
Palat.


Atas merupakan jampi serapah. Jika anda sudah membacanya,anda dikehendaki membacanya dua kali lagi.

Esok.
Lusa.
Tulat.

Ulat.
Kulat.
Bulat.

Cokelat.
Palat.

Anda telah membacanya dua kali. Alamak! Ini bererti anda tinggal sekali lagi untuk melancarkan jampi serapah ini. Harap anda tidak takut untuk membacanya buat kali ketiga.

Esok.
Lusa.
Tulat.

Ulat.
Kulat.
Bulat.

Cokelat.
Palat.


Sememangnya anda seorang yang sangat degil. Awas! X tau ar. Tudiaa. Tunggu kemunculannya~ hehehehehhehe. O_0

Ahad, 29 Mac 2009

Komen aku: Laki-laki ini


AWEERA!
Kau rock and hot beb. Lepas ko nyanyi lagu Enter Sandman,aku rasa kau gila vavi buat aku jadi sasau. Dah la umur sama dengan aku. So,aku isytiharkan kau member aku secara automatic. Maaf aku x suka manual. Haha! Ok,kepada semua peminat OIAM,anda diwajibkan untuk vote for AWEERA. Sebab dia memang rock! Yeahhhhhh~ Menjerit or melalak kau tetap best beb. Aku sokong apa Fransisca Peter cakap. “He’s hot!”. Aku 1000 % sokong! ^^

Aku sasau sebab kau!!!!
Sasau.
Sasau.
Sasau.
X_x

TOMOK!
Memang aku akui aku x beberapa suka kau. Kau with the band. Haha! Sejak-sejak kau masuk OIAM,kau memang tonjolkan kelainan yang aku sendiri tak pernah sangka. Dengan menyanyikan lagu Beyonce, Crazy in love, siot lah, memang best! Wuhee! Aku suka kau. Latest punya show,kau nyanyi lagu Syafinaz. Memang aku rasa WOW. Xsangka kau nak nyanyi lagu dia. Haha! Aku lebih suka kau out from the band.

Sendiri lebih baik la weh.
O_o


RIZU!

Haaa. Kau dah la kecik,tapi suara kau besar nak mampos. Wow. Kagum. Kalah suara bapak aku. Agagaggaga. Hebat la kau. Walaupun Paul Moss asyik komen kau buruk-buruk,tapi yang pastinya kau memang ada suara yang bagus. Kalau kau rakam album,pasti aku akan download lagu kau. Haha!

Jangan buli budak kecik. Suara dia besar tau. Hehe~
T_T

Sabtu, 28 Mac 2009

Komen aku: Spa Q 2


Ending SPA Q 2 memang buat aku geram ja. 60 episode aku tengok macam nak mati,tengok-tengok ending tah apa-apa. Tapi bukannya aku x suka keseluruhan ending tu. Ada lah part-part tertentu yang aku rasa x beberapa best.

Actually kalau Marlia x mengandung lagi best. Sebab,nak terima Zafrul balik tu macam satu tindakan yang bangang. Nak terima orang yang sepak kita tu,macam satu perkara diluar jangkaan. Ingat aku ni bola ka,kau boleh sepak-sepak. Mati kau Zafrul. Muka gatal. Aku rasa Marlia pun x akan terima Zafrul balik kalau dia x mengandung. Haha! Nanti kalau dah ada anak,Spa Q 3,Marlia kena panggil nenek la baru sesuai. =P

Aku pelik betul dengan Datin Sofiera. Nama Leha macam mana la boleh dapat datin pulak sedangkan dia sendiri bagi tau kat Mellisa yang dia x kawin dengan sesiapa pun lepas Riezman tinggalkan dia dulu. Dia beli kot ‘datin’ tu. Pelik betol lah. Nama Leha boleh pulak jadi Sofiera. Time dia jumpa mak dia kat kampung pastu ngaku “mak,ni Leha mak”. Bapak aku gelak x berhenti. Haha! Pirahhh. Gila vavi pakai skrit singkat nak mampos. Tapi pandai gak diorang makeup si Sofiera sebab dari dulu lagi aku dah agak dia tu mak ayam.

Eryana dengan Norell aku x tau nak komen apa. Aku rasa lakonan Norell tu agak mantap sebab dia memang pandai ar kikis duit laki. Wow! What goes around comes around. Xkn la dia nak jadi macam tu sepanjang hidup. Perangai yang tidak patut dicontohi. Abaikan mereka berdua.

Julia tu pulak,dulu baik nak mampos before jumpa Dafi. Tapi sebab dendam punya pasal, terus jadi jahat. Gila lah. memang bagus part tu sebab dia dah mengandung sekarang. So,mesti la nanti ada Spa Q 3. Agaggagagag. X sabar aku nak tengok.

Cakap pasal Tania pulak. Aku rasa Dafi tu memang bangang gak la. Dah tau Tania punya la sayang kat dia,dia boleh kejap-kejap suka. Kejap-kejap x. Time Tania dah balik dari overseas untuk preparation nak kawen dengan mak salleh mana pulak tah, dia x sepatutnya menyambung ayat dia dengan mengatakan “nak buat macam nana dah orang melayu x nk kita”. Huih! Sepatutnya dia susun ayat baik punya biar Dafi terasa dan sakit sakit hati. Ataupun,dia x payah sambung ayat dia lepas dia bagitau dia nak kawen. ^^
Itu lebih baik.

Tapi semua ini sekadar sebuah drama. Aku suka gak cerita ni. Harap nanti ada Spa Q 3 pulak. Nak tengok. Nak tengok. Wuheee! =)

Jumaat, 27 Mac 2009

Again NAz Bom akuh!


waaaa~


1. Orang luar sana tak kenal kamuh. Perjelaskan siapa kamuh?

Aku siapa kepada orang luar sana? Haha! Saya ialah saya. Anda berada dalam kawasan larangan saya. Harap bila anda sudah datang ke sini,anda dilarang kaluar lagi. Agagaggga~

2. Sikap kamuh yang 'mantap'?

-berperangai seperti jin hutan
-ketawa seorang diri
-suka makan eskrem
-cinta mati sama number

3. Sikap kamuh yang sangat jelek?

-suka gelak kuat
-sleeping beauty
-suka menyanyi. Lalalalala~

4. Apa gajet yang sentiasa kamuh bawak?

Lucifer. Haha! HP.

5. Dah berapa HP kamuh pakai selama neh? Senaraikan brands nye.
Jenama HP yang sedang kamuh gunakan sekarang?


Dulu nokia. Seketul. Pastu SE. Skrg SE gak,tapi canggih dari dulu pny.X suka nokia. Kerek. Haha!

6. Siapa bestfriend kamuh?

Kakak-kakak aku. Kenikmatan adalah bila bergaduh. Xmen VS Street Fighter. Watttchha! Kung fu panda! XD

7. Siapa yang kamuh sayang selain family kamuh? Kenapa kamuh sayang dia?

Kawan-kawan ku. Mereka semua rawkk!

8. Lagik 10 tahun kamuh jadi apa?

Mana la aku nak tau masa depan beb.

9. Kata-kata hikmah yang pernah kamuh dengar & paling kamuh suka?

Aku x minat sastera.

10. Dalam blog kamu, sudah ada berapa followers?

31 kot. Tengok la sendirik. Mereka berebut-rebut untuk membeli tiket VIP konsert karaoke bersama mummy poko.

11. Senaraikan followers yang paling kamuh suka? (Tak kira kuantiti). Kenapa?

-Kasara me lalink~
-NANA! Kau ku chenta!

12. Makhluk Tuhan Paling Hot yang mahu di tag:
-NANA!

Khamis, 26 Mac 2009

Tak Patut

haiyak!
Sorry sebab aku nak campur hal ni walaupun aku dah x sekolah. Aku post blog ari ni sebab aku x puas hati gak. NANA! U jangan sedeh yah. Nanti I letak ubat. Haha~ ^^
Sebenarnya,sebagai seorang cikgu,x patut kot untuk merotan pelajar secara melampau. Wuuu. Sebab budak-budak datang lambat pun dah nak rotan. Bukan salah budak-budak tu pun. Diorang naik bas. Huih. Memang beza betul sekolah asrama dengan sekolah harian. Aku dulu sekolah asrama,so,jarang la aktiviti sebat menyebat neh. Kalau cikgu tu gian sangat nak rotan,dia just bagi fail kertas ujian kami kot. Agaggagag~

Dulu aku hampir kena rotan dengan cikgu. Tapi disebabkan aku ni lembaga disiplin pelajar,cikgu x jadik nak rotan aku. Tapi kawan-kawan aku banyak yang kena. Sedeh gak aku tengok. Tapi cikgu-cikgu aku baik sikit. Diorang nak pukul student,tapi macam teragak-agak. Tapi,cikgu HEA,x payah aku nak sebut nama dia, dia tu orang Melaka dan gila vavi suka rotan orang. Kadang-kadang kalau dia rasa nak rotan,dia rotan ah. Bontot merupakan mangsa utama. Haha! Aku pernah tolong kawan aku letak ubat kat bontot dia sebab ada kesan rotan panjang merah menyala baik punya. Wow! sepsi. XD

Kalau betul kesalahan yang dilakukan oleh pelajar begitu tidak dapat dimaafkan dan perlu dihukum, banyak lagi hukuman yang boleh dikenakan selain dirotan. Weh,anak orang tuh. Bukannya anak korang. Haha. Aku nak marah pun x boleh lebih-lebih sangat sebab aku jarang kena rotan. Dan kalau pernah pun,aku dah x ingat bila aku kena rotan. Tapi rasa sakit kena rotan dengan cikgu mana tah,masih terasa dekat tapak tangan aku.

Dipendekkan cerita,x payah la rotan. Kalau cikgu rasa rotan is the best way nak solve masalah, rotan slow-slow dah arr. Aku dapat rasakannya. Harap-harap gejala merotan ni dapat dikurangkan sebab SAKIT LA WEH! Haha~ ^^

Rabu, 25 Mac 2009

Tidak Suka?

gelong.pelik.wuek.haha!


Kita sekarang berbicara tentang perkataan tidak suka. Bila aku cakap tidak suka maksudnya aku tidak selesa dengan sesuatu itu. Tidak suka tak bermakna benci. Susah lah kalau perkataan itu disalah tafsirkan. Seperti aku tidak suka kepada cicak. Tak bererti aku membenci sepenuhnya haiwan ciptaan Tuhan itu. Aku masih dalam golongan mereka yang mensyukuri nikmat yang telah diberikan Tuhan.

Aku cakap aku tidak suka. Huih. Masih juga ada manusia yang tidak faham-faham maksud aku ini. Bila aku cakap aku tidak suka,ada saja manusia yang berkecil hati. Macam mana aku nak explain yang sebenarnya aku tidak benci. Meluat pun tidak. Aku masih boleh menerimanya. Cuma,bila dah sampai ke tahap melampau,aku tak boleh tahan dah. Haha! So,bila sampai ke tahap itu,aku akan menjadi automatic mengeluarkan perkataan benci. Aku cakap aku benci. So what? Haha! ^^

Sekarang bila aku cakap aku benci,mulalah nak merajuk ataupun bermuram durja. Maaf yah. Dulu pernah aku beritahu bahawa aku tidak suka. Tapi kau langsung x ambil peduli apa yang aku cakap. Padan muka dengan kau lah. Bukan masalah aku pun. Aku dah benci. Kalau nak ubah benci itu dari hidup aku,kau patut ubahnya semasa ia masih di dalam golongan tidak suka.

Tunggu saja masa berlalu. Siapalah aku untuk membenci sesuatu itu dengan sepenuh jiwa raga. Aku benci kejap-kejap saja. Tapi,tidak suka itu masih tetap dikeluarkan oleh mulut aku ini. Sebab tidak suka means tidak suka la. Tak payah nak memeningkan otak aku lagi. Harap maklum ok. Haha! Chow.

Ahad, 22 Mac 2009

Semata-mata kau!

hilang.sewel.aku.pening.



Aku blogging hari ni semata-mata sebab kawan aku sorang ni. Aku sangatlah terkejut kerana dia bersikap moody,sedih dan tak tentu arah selepas satu kejadian menimpa dirinya. Hah! Korang rasa apakah kejadian yang menimpanya? ‘’^^

Aku kenal benar dengan sikapnya. Tetapi,dengan melandanya kejadian tersebut,dia bersikap seolah-olah aku tidak pernah mengenalinya. Haha! Tiba-tiba, semalam petang dia msg aku dan memberitahuku bahawa dia sedang bersedih. Lalu, aku memintanya untuk menceritakan perkara yang membuatkannya bermuram durja.

Selepas dia menceritakan hal yang telah berlaku,aku pulak yang pening kepala. Adoi. Pasal benda tu pun kau sedih tahap gaban. Sebenarnya, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 3 petang semalam. Rupa-rupanya cincin kesayangannya yang dibeli di pasar malam yang berharga RM7.00 telah hilang.

Ok,aku boleh terima kalau itu merupakan pemberian orang lain kepadanya. Tetapi,jangkaanku sama sekali tidak tepat kerana cincin itu dibeli sendiri olehnya. Huh! Aku masih pelik. Benda itu bukannya warisan harta pusaka. Hal itu pun kau nak menangis. Wey,kau tu lelaki. Xkan dah lupa kot. Waa! Sedarlah weh.

Aku just boleh bagi nasihat yang setiap apa yang berlaku,pasti ada hikmahnya. Huhuh. Kau masih boleh beli yang baru and yang sebijik semonyet dengan cincin kau yang hilang tuh kat pasar malam yang sama. Apa lah. Buat malu ja. Aku pun pernah gak hilang barang,tapi x lah sekronik kau. Chill weh. Jangan la dok emotional sangat. Mana tau,semalam kau hilang cincin,besok lusa kau dapat PS3. Haha! Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sabtu, 21 Mac 2009

Kau tak diundang!

benci.kau.jerawat.

Aku ada jerawat di tapak kakiku. Hairan. X pernah-pernah aku mempunyai jerawat di tapak kaki. Yah! Aku pasti,itu merupakan jerawat. Pada awal pertumbuhannya di tapak kakiku,aku tidak dapat merasainya. Selepas beberapa lama,aku sudah mulai merasakan kesakitan sewaktu ku berjalan. Rupanya sama seperti jerawat di muka. Haha!

Aku sudah menyapu segala macam jenis ubat sapu. Termasuklah ubat jerawat muka kakakku yang sering aku pinjam. Ah,langsung tidak berkesan. Nampaknya aku perlu menunggu sehingga jerawat itu pergi dengan sendirinya. Datang tak dijemput,pulang juga tak dihantar lah.

Jerawat! Kau betul-betul mengundang masalah terhadap diriku. Sabar ja lah dengan sikap kau yang suka muncul dengan tiba-tiba dan juga pergi secara tiba-tiba. Pelik. Yang pasti,aku x suka pada jerawat. Kalau ada saja jerawat di muka,nak saja aku picit-picit sampai jerawat tu kecut. Tapi,kesakitan mengundang lah. Padan muka. Oh,mentang-mentang kau jerawat,kau fikir kau boleh serang aku bila-bila kau suka? Oh tidak. Maafkan aku jerawat. Aku tau kau hebat. Aku bukan kutuk kau,jerawat. Kau kena la terima hakikat yang I hate you!

Hah,aku perlukan pendapat korang semua. Betulkah kalau kita tegur jerawat orang lain,kita turut akan diserang dengan pertumbuhan jerawat juga? Sebenarnya,aku agak sokong dengan pernyataan itu sebab aku selalu saja menegur jerawat kakakku yang bertaburan dimukanya. Haha! Tapi hanya dalam hati tau. Adeyh. Nampaknya,jerawat memelihara jin dan toyol yang boleh mengetahui apa yang difikirkan oleh orang. Wow! Aku kagum dengan kau, wahai jerawat!

Apa-apa pun,jerawat,kau patut dibom. Haha! Aku tak pernah mengundang kau datang,dan aku amatlah senang hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kau. Kaulah tetamu ku yang paling x diundang~ :O

Jumaat, 20 Mac 2009

Kau memang salah


Aku bercakap tentang manusia yang masih tidak tahu untuk menghargai keindahan alam yang telah diciptakan oleh Tuhan. Aku masih bingung kenapa ada sikap tidak bertanggungjawab dalam diri mereka. Sedangkan kita sebagai manusia seharusnya menjaga dan memelihara alam ini. Bukan aku nak timbulkan isu tidak puas hati terhadap pihak berkenaan. Tetapi,jika bukan manusia yang merosakan alam ini,siapa lagi?

Ada la satu hari,aku melepak di tepi pantai bersama teman-teman. Di depan mataku, aku melihat sipolan ini membuangkan tin minuman yang baru selesai diminumnya ke dalam laut. Wow! Kalau dah ada senapang time tu,dah lama aku tembak sipolan itu. Tak pun,kalau aku ada bom,dah lama hancur berkecai sipolan itu dan ku beri gagak di pantai itu makan. Aku berasa sangat marah sebenarnya. Bukannya dekat pantai tu x ada tong sampah. Dah Tuhan kurniakan nikmat akal yang waras,seharusnya kita gunakan sebaik-baiknya.

Kita seharusnya fikir bahawa di dalam laut turut terdapat hidupan yang lain. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Hidupan akuatik akan turut terjejas. Hal ini boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Bumi ini sudah tua. Bukan aku nak kupas semula subjek kajian tempatan semasa sekolah rendah dahulu. Perkara ini hendaklah kita memandangnya dengan serius kerana boleh menyebabkan pelbagai jenis pencemaran.

Aku bukan nak aim kepada laut sahaja,aku maksudkan secara keseluruhannya kepada alam ini lah. Jagalah keindahannya kerana jika bukan kita yang menjaga dan memeliharannya,siapa lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal. Anda mampu mengubahnya~

Khamis, 19 Mac 2009

NANA chenta ku~


Aku tau NANA sayang sangat kat aku. So,dia bagi aku award ni. Aku x rasa nak bagi kat sapa-sapa pun award ni sebab aku rasa terharu sangat NANA bagi award ni kat aku! Yesh! NANA I luph u so much. Haha! Apa yang aku nak hurai kat sini,NANA bagi award kat aku. Dia juga chenta mati sama blog aku. Aku sebenarnya malu-malu sket nak bagi tau. Aku turuk chenta sama blog u NANA. Kesimpulannya,NANA la watak utama. Semua ini berpunca dari NANA. Menurut kamus dewan bahasa edisi ke tiga,memang sah NANA punya kerja semua ni. Anyway,luph u damn much NANA! Heheheheh.. =)

Rabu, 18 Mac 2009

Tua


Umur aku baru 18tahun. Yah,sesuaikah dengan umur dan rupa ku digelar MAK CIK? Wow! Aku terasa macam gila vavi punya tua. Aku sekarang ada nak dekat 10 orang anak saudara. Well,aku dengan kakak-kakak aku ni mereng sikit. Kami tidak akan membenarkan mereka memanggil kami dengan panggilan mak cik. Yekk. Sekarang,anak saudara kami memanggil kami dengan panggilan kakak. Hah! Itu baru betul. Tapi,kekadang ibu bapa mereka merangkap sepupu kami seperti tidak membenarkan mereka menggelar kami dengan gelaran itu. Adeyhhh. Susah la macam ni. Aku masih muda. Hahahhahaha. Sepertinya kanak-kanak itu tidak mempedulikan nasihat orang tua mereka. Lantas,panggilan kakak masih diteruskan ke atas kami. ^^

Seperti sepupu-sepupuku yang sebaya dengan aku dan kakak-kakakku sangat suka bila mereka di panggil dengan panggilan Mak cik ataupun Pak cik. Hahahhaha. Korang x sedarkah korang macam tua. Aku membayangkan rambut korang di penuhi uban. Senang cerita seperti warga emas dowh~

Tidak! Aku masih tidak dapat menerima jika satu hari nanti mereka(anak saudara) akan menggelar kami dengan panggilan mak cik. T_T noooooooo! Aku rasa macam nak pengsan. Pelik betul lah dengan sepupu-sepupu aku yang lain. Seronok ka orang panggil korang mak cik? Pak cik? Kalau aku jadi kanak-kanak itu,dengan serta merta aku akan memanggil sepupu-sepupu aku tu nenek/datuk. Keh3! U look younger than I thought. Puji la sikit mereka-mereka itu. Kesian. Hahahhaha.

Sekarang bukan masanya aku nak cakap pasal anak. Bila situasi ni melanda diriku,aku terfikir zaman dahulu kala. Mereka berkahwin seawal umur belasan tahun. Seperti nenekku sendiri. Beliau berkahwin dengan datuk sekitar umur 16 tahun. Manakala datuk pula berumur 10 tahun lebih tua daripadanya. Kagum! Kalau zaman sekarang masih diamalkan perkahwinan di seusia muda itu,apakah pendapat anda yah?

Selasa, 17 Mac 2009

Kagum!

payung!


Serious aku x sangka hujan semalam petang was the biggest size of hujan ever! Saiz persegi hujan tu aku rasa besar gedabak gila ah. Time tu aku ingat lagi,pukul 3.38 petang. Masa tu ada cerita Marina,TV3. Well,aku ni peminat setia cerita tu. hahahhaha. Nak buat macam mana. Aku belajar cakap Spanish sikit-sikit from cerita-cerita telenovela lah. ^^ Lagi pun,hero-hero telenovela ngetop beb!

Lupakan bab itu,masuk semula ke alam nyata. Mendung pun x. Aku x rasa langit diselubungi dengan awan hitam. Cerah macam biasa. Tiba-tiba ja aku dengar: Prangg,prangg.prangg.. Aku ingat benda apa lah yang timpa bumbung rumah aku. Wow! Sekilas aku melihat di luar jendela,fulamak. Macam hujan batu. Aku boleh melihat seketul-seketul air hujan yang turun. Kagum!

A: KASARAH!!! HUJAN!!!!!!!! BAJU!!!!!
S: *lari pecut*

Di luar rumah,semasa mengangkat baju di ampaian.

A: Adoi3!! Gila aih hujan nih.
S: Sakit la mengong.

Aku dan kakakku lari semula ke dalam rumah. Penat~

A: Weh,awat hujan melampau sangat ari neh?
S: Gila vavi la weh. Besar nak mampos.
A: Sakit kepala aku. Macam kena baling batu oiih.
S: Haah,kepala ku macam terkemek.

Hariku semalam ditemani oleh hujan batu. Kalau aku sempat la semalam,dah lama aku ukur persegi saiz setitik air hujan tu. Disebabkan hujan tu melampau sangat,terpaksalah aku membatalkan niat aku itu. Tapi best! Sejuk oh. Konon-konon salji la tuh. Salji cair~ Wuheee! Kalau ada eskrem,lagi syok. Tapi abang Paddle pop datang awal sangat dengan moto beliau. Dalam pukul satu lebih dah datang. Paddle pop. Paddle pop. Super duper yummy. Lalalalala~

Aku x puas hati. Aku perlukan eskrem. So,tanpa membuang masa,aku terus buat milo ice-blended untuk aku.

Tiba-tiba kakak ku datang ke dapur dan senyum.

A: Apa? Mau?
S: Haa lah!

Aku pun buatlah milo ice-blended gelas besar punya. Hahaha. Puas loh. Aku dengan kakak ku share loh. Banyak gila. Macam mam salji la konon.

Malam tu,aku rasa macam nak demam. Mum aku bagi aku makan ubat. Biasalah,anak manja. Layanan also manja-manja. Wikikiki~ semua salah ko hujan. Tapi,HUJAN band memang rock! Check. Check. Rock. Rock.

Jumaat, 13 Mac 2009

Naz asyik tag aku. ~balas dendam~

1.Anda rasa anda hot?

Wow! Mana boleh bagi tau. Sekarang musim hujan di Penang. Nampaknya jarang sekali panas. Keh3!! Aku hot? Soalan susah tuh. Kalah soalan upsr! Aku rasa macam nak joget je bila jawab soalan neh. Aku hot x? Hot tu sebenarnya macam mana? huih. Soalan pelik. ^^ Aku rasa lebih baik aku jogging untuk berjumpa dengan hot stuff di Mengkuang Dam besok ataupun lusa. Ngaa!

2.Upload gambar kegemaran anda.


3.Kenapa anda suka gambar ini?

-pixx neh aku terasa muda
-time ni aku rasa sangat best,prob pun x dak
-happy tahap malaria
-jerawat x da nak menyemak kat muka
-kulit putih macam baby ja
-ku sayang mereka semua dalam pixx ini


4. Bila kali terakhir makan pizza?

02.02.2009. Time birthday mum aku loh. Dia rasa nak mam pizza hut. So,kami pun pergi la celebrate kat pizza hut, Jusco. ^^ nyam3!!

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Jason Mraz- You and I both

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?

Menonton Spangebob square pants. T_T Satu lagi suasana tenang di Bikini Bottom. Gary! Kau lah pujaan hati ku. Meoowww! #5.09pm#

7. Selain dari nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan aper?

ADI. Itu saja nama aku. Harap maklong~ ^^

8. Tag lagi 6 orang dengan hati terbuka tanpa rasa kekesalan
sila lakukan kalau taknak kena denda mandatori.

-Pia
-Nana
-Syakirah
-Ainina
-Fatimah ARR
-semua follower aku yang rasa nak buat tag ini

9. Saper no. 1- kepada anda?

kawan saya yang saya sayang. Dia sebenarnya mereng tahap gaban. Tapi kemerengan dia hanya aku sahaja yang perasan. Sebab dia suka sembunyi-sembunyi bila di sekolah dulu. Tapi,dia sangat baik. Sebab dia terlebih dos hari tu time kami kena injek sebab nak anti-campak,dia senang kena sawan berbuih muntah iguana. Ngaaa~

10. Orang no 3 - ada hubungan dengan sesiapa?

Wow~ kalau hubungan dengan aku? Ada loh. Kawan aku loh. Kalau x sebab blog,aku x akan kenal dia pun. Dia sama umur dengan aku. Heee. Kalau dia ada hubungan dengan sesiapa tu,mana aku nak tau. Hahahhaha. Ku bukan kaki menyibuk hal orang.

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang no. 5 - ?

Dia tu seperti adik ku. Well,aku tiada adik yah. Harap maklong~

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4- ?

Dia ni kawan sekolah rendah aku dulu. Dulu time sekolah rendah aku selalu jugak gaduh dengan dia. Ahhahahah. Nak buat macamna. Kan hobi aku ni trouble maker. Sekarang sudah meningkat dewasa,aku dah x ingat pun yang dulu aku selalu ja gaduh dengan dia. Dia kawan aku in my history~ ^^

13. Siapakah orang no. 2 - ?

NANA! Itu merupakan awek aku. Dia muda setahun dari aku. Yuhuuuuu. Dia sangat setia dengan aku. X pernah curang tau. Nana,kalau u cuba curang dengan I, I antax u santau. Keh3!! Dia mereng semereng akuh. Dulu kami selalu berlatih kung fu sama-sama.

14. Bagi pesanan anda pada orang no. 6 - ?

Weh,kalau korang nak buat tag ni,silakan yah. Aku alu-alukan. =)
Apa-apa pun,korang suma tetap aku punya follower yang paling ngetop!!!!

Rabu, 11 Mac 2009

Naz kentot-kentot tag aku

Copy.Paste.


1. List this rules on your blog
2. Share 7 facts about you on your blog
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours
4. Tag 7 people by leaving their names as well as links to their blog
5. Link the person who tagged you
6. Leave comment for each blogger you have tagged

1. None~ wuheee!

2.Facts:

- I love to write whatever I like.
- Whatever I wrote in my blog was just for fun.
- What I’ve posted was happened through my days so far.
- Seriously, I really like to read all my friends posted in their blog.
- I can’t imagine if there’s no any picture in my blog.
- Black with dark red are my colours.
- Family, Internet, Friends, Money, Music. (My life)

3.Unspectacular quirks:

- Mati
- No money
- Farts
- My sisters will get married soon.
- I marah orang tiba-tiba. I pun no idea kenapa I marah. T_T
- I suka senyum sorang-sorang. O_o

4. I nak tag:

- Sarah Samz
- Pia
- Syakirah
- Nami
- Farha
- Fatimah ARR
- Shafiq Fiq


5. Naz nak bom I la tu.

6. Ppl dat i tagged :

- Sarah Samz- my lover ni memang suka di tagged. Muahhhh!
- Pia- kau lah jantung hati limpa ku!
- Syakirah- senyum itu kambing. Wink3!
- Nami- Nami O Fish itu mcd. Nyam3!!
- Farha- guling-guling sampai gila. Keh3~
- Fatimah ARR- Buat ini tag yew, kalo x, I antax santau. Agagagaga~
- Shafiq Fiq- Rindu sama kau. Jarang skali on9 selepas kau kerja.

Isnin, 9 Mac 2009

Whatajoyahad

Yesterday was Sunday. 1st time aku skip episode cerita The Adventurous of Merlin. Tapi,macam berbaloi la jugak. Hee,aku hang out dengan kawan aku, Pyan. My driver kali ni mesti la my sis,Sarah. ^^ Makaseh3! Ko memang kakak yang baik. So,aku dengan kakak aku bertolak dari rumah ke seberang pulau lepas solat zohor. =D

Huh? Masalahnya,aku x tau la rumah dia kat mana. Yang pasti,kawan aku tu pun x sure peta jalan nak pergi rumah dia. Hahahahhahaha.. Sampai ja aku depan Econsave,aku msg la Pyan. Weh3,rumah ang kat mana neh? Tiba-tiba ja terus dia kol aku.

P: Ang ada kat mana?
A: Aku ada betol2 depan Econsave.
P: Oh2,sekarang ang kena p…. Mak,depa ada kat Econsave,depa nak kena p mana plak? Mak2!

Mai la cakap. Xtau nak bagi tau nih.
A: *dalam hati: wow,nak jalan rumah sendiri pun ko x tau ke huh? Daa~
A: Ya3 mak cik. Bla bla bla…………

So,kami pun dah meet up kat stesen minyak. So,aku rasa macam x syok sikit sebab aku x jumpa mak dia. Aku dengan kakak aku dengan berbesar hatinya nak jumpa mak dia. Kami pun pergi singgah kejap rumah dia and salam-salam kemudian mintak permission nak culik kejap anak mak cik ok. Heee~ Nasib baik mak dia rock sikit.

Then,aku,sis and Pyan terus menuju ke destinasi impian iaitu Miami Beach. Oh! Di sini lah ku bertemu sama itu pengikut tegar blog aku ni. Yah! NAMI!!! Helooo3!! Pleasure to meet you. ^^ Seperti yang aku jangka,Nami memang peramah and best. Keh3! Ni puji e-klas tau Nami. Pesanan khidmat masyarakat buat Nami! XD

Actually,Nami dengan kawan-kawan dia tengah berlatih theater. Sebab muka macam x malu sikit,kami pun pergi la heloo3 dengan kawan-kawan dia tu. ^^
Mesti la tegur-tegur kejap. Kang,x pasal-pasal kami di cop sebagai sombong. Wow! Itu bukan kami. Sebab setahu aku,aku dengan kakak aku ni peramah sikit. :D


Sedang mereka berlatih di atas dasar laut,aku bersama sis aku dan Pyan sedang sibuk bermain Uno Game Cards. Heee! Aku malas la nak puji diri sendiri. Aku menang! Keh3! Ngaa~ Adakah aku terlalu hebat dan jaguh in this game? Talk to the hand bebeh! Sebenarnya itu just luck la kot aku rasa. Aku ni kalau nak menang main game apa-apa, practice dulu 2 3 kali,baru boleh jaguh.


Lepas tu,kami terus gerak pusing-pusing pulau.
Nami sekarang with us loh. Haaa~ Nami! Mesti u rasa I dengan kakak I sewel,mereng tahap gaban kan? Well,kami ni macam sewel sikit. Eh,bukan sikit. Banyak nih. Keh3!

Dalam perjalanan kami pusing-pusing dan koya-koya, ada la perkara-perkara yekkk berlaku. Siapa yang mengetahuinya,harap tidak menceritakan kepada sesiapa bahawa aku cepat m***k. Ahaks! Fenin2~


Then,Pyan,kami hatar dia balik rumah. Depan pintu lift. Agagagaga.. Mak! Pyan dah balik! Keh3! Pyan,kita melawak-melawak saja. Wuuuuu~ Sangat hebat sebab kau sangat manja2. Bukan senang aku nak kawan dengan orang yang anak emak nih. T_T

Next,aku ni lapar tau x! makan3! Aku mau makan! Kami pun melantak di kedai mamak. Wow! Kenyang sangat pulak ni. Aku dah bruppppped 4 5 kali. Dah weh. And director theater mereka turut join kami makan. Wink2!! (maksud tersirat dan tersurat) sila nyatakan jika anda tahu.

S: Weh2,nak p mana neh?*tengok aku*
A: Mana nak tau. Aku bizi neh. *dok snap pixx gambar banggla-banggla smart di situ. Keh3!*
S: Weh adek aku gila. Nami,u tolong la nasihat sikit adik I neh.
N: Xpe Nadia. Kali ni,biar I sokong u eh. *gelak2*

Huh? Apakah itu? Aku pun actually terkesima. Word Nami for today. T.e.r.k.e.s.i.m.a.
Tahap vocabulary yang sangat hebat! XD

N: Daa Sarah~ *Kepala bergoyang-goyang* What’s wrong with banggla? Ngaaa~
A: Agaaggagagaga..
S: *Terkejut macam nak mati*.

At last! Ada jugak orang di pihak aku! Itu adalah miracle. Hehheheheh. ^^

So,kami berjalan-jalan di tepi pantai sambil mengobrol bersama-sama.
Heee! Syok3! Nami banyak story tuh. Boleh jadi my bed time story taller. Peace! Nami jangan lupa next time u kena belanja kami makan Jumaat! Wow,apakah. Ngee. Nami,u mesti paham kan? Jangan buat-buat lupa. Gaji u mesti dah nak dapat kan? 0_o
Kalau u x tunaikan kata-kata u itu,I akan bertukar jadik bokmiah and hantar santau kat u. Biar u kena makan dengan jin kepala separuh bewak. Keh3! Kidding maa~


Dah nak dekat 11.30 malam. Hantar Nami pulang ke sarangnya ituh. Tuan director menunggang motosikal YAMAHA merah yang cun. Babai3! Next time kita ketemu lagi yah. Nami jangan lupa janji mu nak datang seberang pulak yah. Kita main judi-judi pulak. Yeehaaa!

Ya Tuhan,moga-moga……………………. Doa untuk kakak ku,Sarah. Keh3!
Aku tau dia tau apa yang aku doakan tu. Neway,selamat menyambut maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Peace no war!

Ahad, 8 Mac 2009

Nana ku sayang tag aku!

Blame you.


5 Hadiah yang anda impikan

-cek sejuta ringgit Malaysia setiap hari.
-Kereta mahal-mahal saja dilayan
-Semua komik yang aku nak
-Rumah (banglo)
-Camera


Alasan terhadap pilihan tersebut

-Kaya cepat sikit. Xpayah susah-susah aku nak kerja. ^^
-Wow! Bergaya beb bawak kereta mahal-mahal. Agagaggaga~
-Aku sangat suka pada komik! Kalau boleh, Kinokuniya tu jadik hak milik aku.
-My Lord and wife dia boleh la tinggal dalam rumah ala-ala istana itu. *selesa3*
-Aku sangat suka tangkap gambar. Harap maklong.


5 Impresi trhadap orang yang diminati

-Simple sudah~
-X da ah nak baran-baran
-Suka buat lawak. Tapi bukan lawak bodoh ok.
-Senyum
-No kedekut-kedekut


5 Perkara hebat yang pernah dilakukan

-Curah glue atas kerusi budak lelaki ni time aku form 2,sebab aku x suka dia. Kerek. So,dia duduk atas kerusi itu. Hah,padan muka. Cari pasal lagi dengan aku.
-Aku sendiri buat jahat time aku sekolah menengah dulu. Sedangkan aku ni Naib pengerusi Lembaga Disiplin Pelajar. ^^ X payah la aku nak bg tau aku buat apa. Hahahahaa..
-Aku kena denda naik atas meja. Sebab aku tergelak kuat. Dah la aku sorang saja yang kena naik.
-Aku terpijak cicak sampai mati. Yek! Keluar habis segala jenis cecair. Wow! Seminggu aku rasa macam cicak tu still ada kat bawah tapak kaki aku.
-Aku copy paste kerja sekolah kawan-kawan aku. Keh3! Bukan satu dua kerja sekolah. Boleh dikatakan ¾ kerja sekolah yang pernah aku dapat dalam hidup aku. Ngaaa~ Pemalas. Kanak-kanak jangan tiru aksi di atas.


5 Ciptaan yang paling disukai

-Computer
-Karaoke
-Kuku
-Katil
-Game


5 Perkara yang paling dibenci

-Hilang barang.
-Aiskrim tiada dalam peti sejuk.
-Bukit parking
-Orang tanya aku stupid questions
-Kena marah!


5 orang yang hendak ditag

-Sarah Samz
-Ainina
-Syakey
-Farha Aly Tan
-Farah

*sapa-sapa nak buat,silakan yah~*

Sabtu, 7 Mac 2009

Yes, My Lord!

Hari ni pulak,aku rasa macam nak keluar jalan-jalan melihat alam. Tetapi,apakan daya. Hujan la pulak. Ceh~ So,x jadik loh nak keluar. Sebabnya My Lord cakap, nanti kereta tu kalau kena hujan,siapa yang nak basuh? Huh. Ayat yang macam kena batang hidung sendiri saja. Ya lah. Aku tau ah. My Lord yang akan basuh sebab puteri-puterinya sangatlah pemalas seperti semut-semut yang sedang bercuti di Hawaii. ^^ Malas lah nak basuh-basuh kereta ni. Kalau nanti aku punya kereta,aku suruh driver aku yang basuh. Bawah ni menunjukkan perbualan aku dan kakak aku,Sarah, serta My Lord(L) petang tadi.

L: Ni nak keluar ka x neh?
N: *Senyum-senyum sambil melihat kakak aku*
S: X tau lah Nadia ni. Nak keluar x ni?
L: Hampa keluar sendiri. Mama ngan bapak x keluar kot.
S: Nak keluar mana? Jusco?
N: Rumah pak ngah lah. Judi-judi pastu balik ah.
*Judi-judi = monopoli. Harap maklong.
S: Wow! Ok gak tuh. Heeeee~

My Lord masuk semula ke kamarnya. Danggg! Pintu ditutup.

S: Cepat ah siap. *Sambil menghalakan tangannya ke arah bilik air*
N: Wokeh3! Jum cepat.

Kemudian,My Lord membuka pintu dan..

L: Ni! Kalau keluar malam ni,besok x boleh keluar.
N:
huh?
S: Hahahahhahah..

My Lord menutup semula pintu.

N: Apakah?
S: Choose bebeh.
N: Ni sebenarnya x mau bagi kita koya-koya kan?
*koya-koya= enjoy*
S: Ya lah. Lebih kurang la tuh. Isi karangan. Cari isi tersirat. Ada faham.

*Aku dengan kakak aku gelak-gelak macam orang gila*

N: X pa lah bapak. X mau ah keluar. *suara di kuatkan supaya orang-orang yang berada
dalam bilik tuan besar mendengarnya*
S: Arghhhhhhhhhhhhhhhh! *menjerit tiba-tiba*
S: Mati bosan aku.
N: Saturday hari malang la kot.
S: Tengok ah. Besok,kita keluar dari pagi sampai malam. Revenge bebeh.
N: Kesewelan tahap melampau.


Gila. Mereng. Bosan. X tahan.


Kalau korang,mana pilihan korang nak? Choose loh. Nak keluar hari ini or besok?
Kalau keluar hari ni,lagi beberapa jam dah nak masuk midnight. Kena balik rumah before midnight ok. Sebab anak dara x baik keluar malam-malam. Hahahahhaha.. Benda yang paling x best nak pilih. Aku nak keluar dua-dua hari. Keh3! Bosan lah dok rumah hari-hari minggu.

Ini Pia yang busyuk Tag aku

Weird


1.Pernah tertidur di bilik darjah?
Wow! Bilik darjah macam skolah rendah ja. Pernah la kot.

2.Pernah makan daging khinzir a.k.a BABI?
Huh? X mau aku makan benda2 haram.

3.Pernah termuntah dlm kenderaan?
Pernah kot. X berapa ingat. Aku rasa mabuk banggunan kot.

4.Pernah pukul kawan?
Pukul-pukul x main ah. Taboh ja beb.

5.Pernah menampar rakan anda?
Heh,aku sangat sayang sama kawan-kawan aku.

6.Pernah merokok?
Asapnya pun aku meluat. Ni nak isap. No way.

7.Pernah mabuk tak?
Aku mabuk banggunan banyak-banyak.Pening aku!

8.Pernah naik gajah?
Xpernah. Tapi aku pernah la naik atas belakang abang aku. Sebijik macam naik gajah. XD

9. Pernah tak rasa mcm nak mati?
Pernah! Time selesema teruk. Hidung tersumbat. Susah gila nak nafas. Nasib baik x mati. Agagaggaga.

10.Pernah alami dejavu (mimpi yg terjadi di alam realiti)?
Pernah gak. Tapi x selalu. Kalau alami ja,aku rasa macam khiamat sudah dekat. Takot!

11.Pernah bermain dgn api?
Pernah! Bunga api! Wow!

12.Pernah menangis di tempat awam?
Pernah! Time kecik-kecik. T_T

13.Pernah “melepas” di bilik darjah atau kuliah?
Melepas apa? Explain plis~ Cakap ja kentot! Selalu saja aku kentot-kentot di taman herba.

14.Pernah jatuh basikal?
Pernah la dulu-dulu. Zaman muda. =)

15.Pernah ada kupu-kupu kat dlm perut?
Menantang tu aku nak makan? Geli haku.

16.Pernah rindu seseorg tu teramat sangat tak?
Boleh la jugak. Weh,word rindu tu wat aku geli ja. Miss x pa ar gak.
Miss u bebeh~

17.Lepas apa-apa show atau event, pernah pengsan?
Hahahahah. Tidak pernah sekali pun dalam hidup ku.

18. Pernah dilempar batu-batan?
Aku ni budak baik. Sapa la nak lempar batu bata kat aku. Keh3!

19.Pernah ada lada sulah dlm mata?
Pernah. Aku nak masokkan lada dalam meal aku,aku mengong-mengong pegi tiup lada tuh. Sewel la kot aku neh. Pedih loh. Macam kena curah dengan cabai! 0_o

20.Pernah ada surprise birthday party?
Pernah!!!!!!

21.Pernah diet tak?
Pernah. Sekarang pun tengah diet neh.

22. Pernah bogelkan seseorang?
“I’m too bogel”,kata Siv dalam Under18 No fear.

23.Pernah amek gambar diri anda sedang bogel?
Yek! Aku sendiri nak muntah tengok pixx2 bogel.

24.Pernah clubbing sampai waktu subuh?
Choop! Sapa la nak bagi aku p club kalo aku dok umah bapak aku. Sorry beb! Aku tido lagi bagos.

25.Pernah naik lif dgn org yg ada bau badan yg busuk?
Xpernah. Yang pasti,lift tu yang busuk ada ar. :O

26.Pernah marah sampai rasa mcm nk bunuh orang?
Bunoh-bunoh x main la. Aku kalo geram,hantar ja santau. ^^

27.Pernah putus cinta dgn kehadiran org ketiga?
Pernah la kot. F*** la lelaki itu.

28.Pernah cuba nk bunuh diri?
Setan! X baik la!

29.Pernah cabar guru atau lecturer?
Cabar? Hahahhaha.. Aku yang selalu kena cabar. Takot!

30.Pernah hilang telefon bimbit?
X pernah! Harap maklong~

31.Pernah kalah semasa berjudi?
Judi itu haram la. Tambah dosa ja.

32.Pernah diberitahu anda comel?
Wow! Macam selalu ja. agagagagga

33.Pernah ada orang ‘crush’ dgn anda?
Iya-iya lah. =)

34.Pernah terus terang tentang perasaan anda?
X suka sangat. Line clear baru cakap.

35.Pernah terbabitkan diri anda dlm sebarang musibah?
Yah!

36.Pernah bohong pada ibu bapa?
Pernah la jugak. Tapi bukan salah ibu mengandung ok! =)

37.Pernah ditangkap berasmara dana atau berkhalwat?
Aku ni muka macam jahat-jahat pun,x la buat macam tuh.

38.Pernah melakukan ‘one night stand’?
Itu mereng.

39.Tag org yang anda suka
Sarah Samz

Naz

Ainina

Syakey

Nana

Rabu, 4 Mac 2009

Ini Kisah Benar


Lokasi: Rumah tumpangan Ah Tong –bukan lokasi sebenar-
Watak utama: Iskandar (sepupu aku) 7 tahun.-bukan nama dan umur yang sebenar-


Aku menemu ramah sepupu aku itu pada suatu hari yang ditemani oleh hujan renyai.

A: Ada teman wanita yah?

I: Ada! *dengan semangatnya*

A: *senyum-senyum* / Nama apa?

I: Nor Surabaya! –bukan nama sebenar- *dengan semangatnya*

A: Tinggi ka pendek?

I: Tinggi!

A: Kurus ka gemuk?

I: Kurrrrrrus!

A: Cantik x?

I: Cantik! *dengan semangatnya*

A: Pakai tudung x?

I: Ada!

A: Putih ka hitam?

I: Putih!

*hahahahhahha.. Aku gelak guling-guling.*

Sepupu aku ni macam blur-blur sikit. Slow motion sikit.

Wow!

Dah ada gf rupanya.

Aku masih membayangkan muka teman wanitanya itu. Pasti seperti puteri gunung ledang la kot. Keh3! Rupa-rupanya dia meminati perempuan itu secara diam-diam. ^^

Percintaan yang begitu slow.

Eh,budak-budak sekolah,pergi sekolah,lintaslah dengan selamat! Lihat kanan,lihat kiri. Ngaa~ pandai-pandai korang la eh. Bercinta time sekolah x best sangat. Hahahahhaha.. =) Renung-renungkan dan selamat beramal.

Selasa, 3 Mac 2009

Number cun

Nyam.Nyam.Nyam.

69! Number yang aku rasa cantik. Samalah macam nenek(tok ani) aku yang cantik itu. Semalam merupakan hari lahirnya yang ke-69. Wuuuu. Next year nenek aku akan jadi 70. Fulamak. Aku tidak sempat untuk ke rumahnya untuk meng-wish secara face to face. ^^
Nasib baik telefon telah dicipta. Apa lagi,petang itu dalam pukul 2,aku menelefon nenek aku. Kakakku,Sarah turut menyibuk dalam perbualan aku dan tok.

T: Sapa neh?
N: Nadia la tok.
T: *gelak-gelak*
N: HAPPY BIRTHDAY TOK!
T: Haaa,makasih. (suara sengau)
N: Laa,tok sakit ka?
T: Dak aih,sora x keluaq ja mangkit tidoq tadi.
S: *Nyanyi lagu Happy Birthday*
S: Tok x buat pulut kuning ka?
T: Kalau Wan ada,Tok memang dok buat pun.
N: Haa,xpa arr. Lawa tok number 69.
T: Tengok orang laa.

Aku dengan kakak aku gelak guling-guling. Tok aku memang lawa pun. Betul-betul-betul. Kalau nak compare tok aku dengan tok-tok yang aku pernah jumpa,tok aku tip top.
Agagaggaga.
Sebaik sahaja mum and dad balik dari kerja,mereka bercadang untuk ke rumah tok ani malam nanti. Aku dengan kakak aku pun siap-siap (kononnya la siap,tapi pakai baju x cun pun. Macam pakai baju dok umah ar.) Sampailah pukul 10.17pm di handfon aku.

S: Weh,kita ni p ka dak umah tok?
N: Xtau laa.
S: P dalam mimpi ka?
N: Sat g la kot.
S: Sat g? Nak tengok sapa kalo p malam-malam sangat?
N: Tengok tok lena kat katil laa. Agagagagag.
S: Sat nak p tgk mama ngan bapak ang wat pa.
N: Ok2!

Aku turut ke bilik orang tua ku. Wah3! Rupanya mereka sudah tidur. Mungkin penat kot. Xpa lah. Macam la umah tok tu nak lari. ^^ Sengaja aku cakap macam tu sebab nak ubat hati yang duka. Semangat ja nak p umah tok. Tengok-tengok xjadik plak. Adeyhhh. Aku baru ja nak lukis muka tok aku. Konon-konon nak bagi kat tok aku loh. Cehhh,haprak pun x jadik. Ngaa. Next time la tok noh. =)

Ahad, 1 Mac 2009

Hot Stuff again!

Hari ni macam selalu lah. Aku dengan family aku together jogging kat Mengkuang Dam. Hot stuff banyak sungguh kat situ. Hari ini aku rasa macam hari bertuah aku sebab aku dapat berjumpa dengan mamat melayu ni.


Wow!


Sangat-sangat smart lah dia itu. Muka macam ala-ala Bront Palare.
Di sini aku nak bagi nasihat kat korang-korang yang single tuh,kalau nak cuci mata korang hujung minggu ni,korang pergi la tempat-tempat yang banyak hot stuff dok melepak. Mana la nak tau melekat sorang dengan korang kan. Tapi,jangan la korang pilih yang muka macam player sangat. Kang korang pulak yang kena jadi anak ikan diorang. Sekarang sangat-sangat susah nak cari pasangan yang betul-betul ikhlas dan bukannya sweet talker semata-mata. Sama ja lelaki or perempuan. Agagaggaga. Balik cerita dekat mamat hot tadi. Stamina dia sangatlah kuat sebab dia beberapa kali dah pusing trek jogging tu. Aku dengan kakak aku just cuci mata tengok dia lari ah. Aku rasa mesti dia perasan punya kami dok tengok-tengok dia. Alah,bukan selalu nak buat macam ni. ^^


Kemudian,kami menyusul di belakangnya. Time tu,dia dah nak balik. Di sebabkan mum,dad dengan tok aku belum selesai jogging,kami terpaksa membatalkan niat kami untuk melihatnya pulang. Mana la nak tau tah-tah dia naik kereta Ferrari ka. Boleh la jugak aku sapu.


If u r rich,then I’m single! Keh3! Just kidding ok.

 
template by nadiasamz