Rabu, 18 Mac 2009

Tua


Umur aku baru 18tahun. Yah,sesuaikah dengan umur dan rupa ku digelar MAK CIK? Wow! Aku terasa macam gila vavi punya tua. Aku sekarang ada nak dekat 10 orang anak saudara. Well,aku dengan kakak-kakak aku ni mereng sikit. Kami tidak akan membenarkan mereka memanggil kami dengan panggilan mak cik. Yekk. Sekarang,anak saudara kami memanggil kami dengan panggilan kakak. Hah! Itu baru betul. Tapi,kekadang ibu bapa mereka merangkap sepupu kami seperti tidak membenarkan mereka menggelar kami dengan gelaran itu. Adeyhhh. Susah la macam ni. Aku masih muda. Hahahhahaha. Sepertinya kanak-kanak itu tidak mempedulikan nasihat orang tua mereka. Lantas,panggilan kakak masih diteruskan ke atas kami. ^^

Seperti sepupu-sepupuku yang sebaya dengan aku dan kakak-kakakku sangat suka bila mereka di panggil dengan panggilan Mak cik ataupun Pak cik. Hahahhaha. Korang x sedarkah korang macam tua. Aku membayangkan rambut korang di penuhi uban. Senang cerita seperti warga emas dowh~

Tidak! Aku masih tidak dapat menerima jika satu hari nanti mereka(anak saudara) akan menggelar kami dengan panggilan mak cik. T_T noooooooo! Aku rasa macam nak pengsan. Pelik betul lah dengan sepupu-sepupu aku yang lain. Seronok ka orang panggil korang mak cik? Pak cik? Kalau aku jadi kanak-kanak itu,dengan serta merta aku akan memanggil sepupu-sepupu aku tu nenek/datuk. Keh3! U look younger than I thought. Puji la sikit mereka-mereka itu. Kesian. Hahahhaha.

Sekarang bukan masanya aku nak cakap pasal anak. Bila situasi ni melanda diriku,aku terfikir zaman dahulu kala. Mereka berkahwin seawal umur belasan tahun. Seperti nenekku sendiri. Beliau berkahwin dengan datuk sekitar umur 16 tahun. Manakala datuk pula berumur 10 tahun lebih tua daripadanya. Kagum! Kalau zaman sekarang masih diamalkan perkahwinan di seusia muda itu,apakah pendapat anda yah?

10 Tempahan:

Sarah Samz berkata...

kasara ok?
enuff said.
:p
nk panggil makcik pun tunggu la makcik dpt baby nanti.
haha.

Sarah Samz berkata...

weh, syarat minima nak nikah umo 18 la beb. awat? dah nak kawen eh u? i ingat u single mcm i? erk.

fatimah arr berkata...

mengelakkn maksiat..

naz berkata...

eh camnie kita kawin lewat je lar ek hahahhaha!

Nana Chocaholic berkata...

makcik nadia! :)

Nadia Samz berkata...

eh sara,i single.
untuk u,i trus jadik single!
XD

keh3!!

Nadia Samz berkata...

x nak la naz.
i xnk anak i ckp i tua.
ahhahahahah~

Nadia Samz berkata...

nenek nana~
XD

Nadia Samz berkata...

maksiat.
ngaa~
betol3!!

:)

nurul..ainina berkata...

hang mau kawen awai ka nadia?
aku bagi azrul..
mau x?

 
template by nadiasamz