Jumaat, 20 Mac 2009

Kau memang salah


Aku bercakap tentang manusia yang masih tidak tahu untuk menghargai keindahan alam yang telah diciptakan oleh Tuhan. Aku masih bingung kenapa ada sikap tidak bertanggungjawab dalam diri mereka. Sedangkan kita sebagai manusia seharusnya menjaga dan memelihara alam ini. Bukan aku nak timbulkan isu tidak puas hati terhadap pihak berkenaan. Tetapi,jika bukan manusia yang merosakan alam ini,siapa lagi?

Ada la satu hari,aku melepak di tepi pantai bersama teman-teman. Di depan mataku, aku melihat sipolan ini membuangkan tin minuman yang baru selesai diminumnya ke dalam laut. Wow! Kalau dah ada senapang time tu,dah lama aku tembak sipolan itu. Tak pun,kalau aku ada bom,dah lama hancur berkecai sipolan itu dan ku beri gagak di pantai itu makan. Aku berasa sangat marah sebenarnya. Bukannya dekat pantai tu x ada tong sampah. Dah Tuhan kurniakan nikmat akal yang waras,seharusnya kita gunakan sebaik-baiknya.

Kita seharusnya fikir bahawa di dalam laut turut terdapat hidupan yang lain. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Hidupan akuatik akan turut terjejas. Hal ini boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Bumi ini sudah tua. Bukan aku nak kupas semula subjek kajian tempatan semasa sekolah rendah dahulu. Perkara ini hendaklah kita memandangnya dengan serius kerana boleh menyebabkan pelbagai jenis pencemaran.

Aku bukan nak aim kepada laut sahaja,aku maksudkan secara keseluruhannya kepada alam ini lah. Jagalah keindahannya kerana jika bukan kita yang menjaga dan memeliharannya,siapa lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal. Anda mampu mengubahnya~

10 Tempahan:

nurul..ainina berkata...

nadia kamu memang pencinta alam..
bagaimana sungai di tepi rumah kamu menuju k4 2?

Sarah Samz berkata...

ni ada kena mengena dgn kempen earth day tu ek?

Nadia Samz berkata...

hahahhaha..
itu sungai bapak aku.
^^

kau shadap.
XD

Nadia Samz berkata...

yah!
aku sedang bkampen.
:O

fatimah arr berkata...

betul2..
sayangilah alam sekitar

Nadia Samz berkata...

haaa~
ada juga org dipihak ku!
haha!

nami o fish berkata...

Yeah,Earth Hour.
28 March ini.
Blackoutkan rumah anda selama 1 jam.
tapi sayep tak boleh.
saya kena berlakon teater.

takpe,blackoutkan rumah anda dan pergi ke Si Bongkok Tanjung Puteri ok?

naz berkata...

wahhhh i taknak u kentot merata2 okie. ia blh mnipiskan lapisan ozon bumi :)

Nadia Samz berkata...

nami,ok2.
i pegi.
lagi pun kami satu fam. bkn ada kat umah pon.
haha!
XD

Nadia Samz berkata...

naz2,u yg suka kentot.
wuekk.
hahah!

 
template by nadiasamz