Khamis, 30 April 2009
Tagged by Ahmad ^^
Name 5 people you can think of right off the top of your head. Don't read the questions until you write the names of the 5 people.
No cheating please!
#nuar
#farahin
#aimi
#azwani rush
#ainina
Reminder : Don't read ahead unless you fill above names first!
Question 1 : How do you meet 1?
#*malu-malu* long term memory lost ;)
Question 2 : On the Scale of 1 - 10, how you rate your
relationship with no 1?
#more than 10. *malu-malu*
Question 3 : How long have you known 4?
#since I was in secondary school until now.
Question 4 : How do you know number 3?
#kat skola la. Bhahahahaha.
Question 5 : Where 5?
#at jamban rumah tok dia.
Question 6 : A Fact about number 1?
#my LiL bro that I sayang la *malu-malu* haha!
Question 7 : Who is no 4 going out with?
#with budak teluk intan. Maybe kot. :P
Question 8 : What does no 1 do for living?
#xtau nak jawab apa. Haha!
Question 9 : Would you live with number 3?
#wow! Dah pernah dah dok ngn dia selama setahun. Bhahahahha!
Question 10 : What do you like about no 2?
#her asset. Bhahhahahaha!
Question 11 : Do you miss number 5?
#mish la kot. Kawan skola rendah dah lama x jumpa. ;)
Question 12 : Would you make out with number 4?
#make out macam na tuh? Haha! I love her.
Question 13 : What's your opinion of number 2?
#hottest and sexiest friend ever.
Question 14 : What is your fav memory with number 5?
#i gadoh ngn dia. Haha!
Question 15 : What would you do if number 1 going out with number 2?
#WTF! No way. Haha! Kalo aku join skali,xpa. XD
Question 16 : ever had a long conversation with number 5?
#sometime.
Question 17 : have you ever slept at number 2's house?
#belom. Melawat,melantak and pinjam toilet saja. Haha!
Question 18 : Do you hang out with number 3 often?
#aimi sweet talker! Asyik bz ja! :O
Question 19 : Who do you known the longest?
#ainina. Kawan skola rendah.
Question 20 : How often do you talk to number 1?
#haha! *malu-malu* kalau dia call,maka bercakaplah kami.
Question 21 : What about number 2?
#selalu sangat. ^^
Question 22 : Have you ever thought 3 more than a friend?
#Gila apa weh! Aku bukan lessy. Kalo dia nak,aku ok ja. Bhahahahha!
Question 23 : May be you want to go out for a date with number 5?
#boleh gak.
Question 24 : Do you dream about number 2?
#haha! Mana leh cita.
Question 25 : What did number 4 did to you that you never forget?
#bertukar jadi emo. Ngeh3!!
Question 26 : What have you done to number 1 that he/she never forget?
#*malu-malu*mana aku tau. ;)
Question 27 : What is number 3's hobby?
#menjadi kura-kura
who do you want to tag :
# NADIA kembarku
# Shafie
# Farha
# Nami
# Sham-Afiq
# Paai
# Anna
# Felly
# Nawal
# Ketot
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 11:00 PG 10 Tempahan
Rabu, 29 April 2009
Tagged by Tom Tom
Haha!Nama tag ini adalah Jawapan Yang Menyoalkan.
1.Dimana kamu berada sekarang?
-Georgetown ibu negeri bagi negeri apa?
2.Apakah warna baju anda pakai sekarang?
-Apakah warna langit pada waktu malam?
3.Bila kali terakhir anda pergi menonton wayang?
-Berapa haribulankah pada hari Isnin yang lalu?
4.Kamu belajar/bekerja dalam bidang apa?
-Tanam anggur juga merupakan suatu pekerjaan kan?
5.Lagu yang anda sedang dengar?
-Apakah lagu opening bagi cerita korea Memories of Bali?
6.Ke mana kali terakhir kamu ke luar negara(jika ada)?
-Namakan negara tanah tumpahnya darah anda?
7.Benda yang anda kali terakhir beli dengan duit anda?
-Apakah hadiah yang baru saya berikan kepada kawan saya?
8.Tempat yang anda teringin sangat nak pergi?
-Kimono pakaian traditional negara mana?
9.Selebriti/Artis yang menyanyi yang kamu mahu sangat berjumpa?
-Siapakah gambar hero yang menjadi tatapan umum di profile myspace saya?
10.Apakah berita yang terbaru yang anda baru dengar?
-Apakah rancangan yang disiarkan oleh tv3 pada setiap hari jam 8 malam? *macam-macam sangat la*
11.Kalau diberi RM1,000 sekarang,nyatakan apakah barang yang anda ingin beli(sekali beli je,bukan banyak2)?
-Apakah yang digunakan untuk menangkap gambar?
12.Rakan blogger yang terakhir anda jumpa?
-Siapakah tuan blog “ farhabombastic.blogspot” ?
13.Pukul berapa sekarang ini?
-Pukul berapakah 2 jam sebelum pukul 1 tengah hari?
14.Tadi anda makan apa?
-Apakah makanan yang terdapat dalam kelas makanan paras ketiga?
15.Siapakah yang anda ingin 'bengongkan' dengan soalan-soalan merapu anda ini?
-Siapakah yang suka menyalahkan wanita? Haha! # ahmad nazri
-Siapakah kawan saya semasa sekolah rendah? #ainina
-Siapakah kekaseh baru saya? # Shazana
-Adakah anda sedang membaca post ini? # sila buat tag ini jika anda membacanya
Haha,sila-sila jawab dengan soalan anda hahaha!
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 11:11 PG 8 Tempahan
Selasa, 28 April 2009
Tagged by Shazana my lalink
- Last night
Last text msg
- Last 2 days
Last time cried
- Short term memory lost
HAVE YOU EVER??
Date someone twice
- Nope
Kiss someone and regretted it
- Nope,sebab aku x hingin pun nak cium orang. Haha!
Lost someone special
- Nope
IN THE PAST MONTH
Fallen out of love
- Entah
Laughed until you cried
- Always
Met someone who change your life
- Nobody
Found out someone was talking about you
- Don’t even care about it
How many people on your top friends do you know in real life?
- Banyak gak
How many kids do you want to have?
- 2 or maybe 3
Do you have any pets?
- Nope. Just En. Bewak in my heart
Do you want to change your name?
- Nope.
What time did you wake up today?
- Awal la. ;)
What were you doing at midnight last night?
- Online
Name something you cannot wait for?
- Dinner
Last time you see your father?
- Today
What’s one thing you wish could change?
- Tiada apa-apa buat masa sekarang
Have you ever talk to a person named Tom?
- Of course! Tom-tom Ijal~ XD
What getting on your nerves right now?
- NOthing
Elementary/primary school
- Primary
Middle/secondary school
- Secondary
Hair color
- Black and beautiful. Haha!
Long or short
- Long
Want kids
- Someday
Want to get married
- Yes of course!
Career in mind
- Psychologist
HAVE YOU EVER???
Kiss a stranger
- Gila!
Lost glasses/contacts
- Never
Ran away from home
- Never
Broken someone’s heart
- Entah
Been arrested
- Soalan pelik. Haha!
Cried when someone died
- Yes
Is there any person you want to be with right now?
- Nobody
Do you believe in God?
- Mestilah. Ngek pnya soklan.
Tagged
# Sarah
# Marlina
# Nadia my kembar
# Wani Rushdan! –buat la wei,hutang banyak ngn aku beb-
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 10:00 PG 8 Tempahan
Isnin, 27 April 2009
Oh My Gosh!
Cerita Merlin ni mengisahkan lelaki kiut ^^ bernama Merlin yang pindah dari kampung dia ke kampung lain sebab orang-orang kat kampung dia x dapat terima anugerah yang dia mempunyai darah magic. Dia boleh menghasilkan magic melalui pemikiran dia sahaja. Kat tempat baru tu, magic sangatlah dilarang untuk diamalkan sebab king kat situ, Uther Pandragon, ada sejarah hitam dengan hal-hal kaitan dengan sihir. Kalau ada saja orang yang gunakan ilmu sihir,mesti akan dibunuh/dipancung. Merlin tinggal dengan kawan baik mak dia, Gaius, si tabib istana. Dia tau Merlin ada keistimewaan. So,dia dah bagi warning dekat Merlin for not using magic dekat kawasan pemerintahan Uther. Dijadikan cerita pula,Merlin memang ditakdirkan bersatu dengan anak lelaki Uther,iaitu Ather Pandragon. Untuk pastikan keamanan tempat tu dan jugak dunia,dorang mesti bersatu. Kalau x, magic Merlin makin lemah bla bla bla bla. Kalau nak cerita pasal Merlin,memang x akan habis sebab aku minat gila sama itu Merlin. Haha! So,banyak la konflik-konflik berlaku sampai kadang-kadang rahsia Merlin hampir terbocor. Tapi x terbocor pun sebab mesti ada orang nak cover dia. =)
*end of story pasal Merlin*
Dalam sekitar pukul 2 petang semalam, kekasih aku, En. Bewak masuk ke halaman rumah tanpa warning. Aku usaha menghalau kekasih aku keluar dari rumah aku. Lepas tu, My Lord kejar kekasih aku tu. Maka,lari lintang pungkang lah kekasih aku. Kekasih aku berjaya melarikan diri daripada dikejar oleh My Lord sebab x pasal-pasal kalau tertangkap nanti My Queen buat lauk masak kicap. Agagaggag~ Geli!
Sarah berkata: Wow! kacaknya dia. *penyataan yang melampau*
En. Bewak nak ajak dating pun time x sesuai. Ahaks~
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 11:00 PG 12 Tempahan
Ahad, 26 April 2009
News for today
HUSAIRI Husin, seorang guru, tidak menyangka usia perkahwinan lebih singkat daripada tempoh bercinta. Rumah tangga dibina hanya bertahan dua tahun berbanding 14 tahun melayari alam percintaan.
Setahun selepas melamar, Husairi dan pasangannya diijabkabulkan ketika masing-masing berusia pertengahan 20-an. Kedua-duanya berazam melakukan yang terbaik untuk rumah tangga tanpa sedar kesungguhan membahagiakan hati masing-masing akhirnya meleburkan perkahwinan.
Bagi Husairi, cabaran utama berkahwin muda ialah menyesuaikan diri daripada kehidupan solo kepada komitmen perkahwinan. Dalam usaha mengenali dan saling berkongsi itu, karektor serta kelemahan yang sebelumnya cuba disorok mula menjelma.
“Ketika ingin membiasakan diri, timbul perangai yang tidak disenangi, namun masing-masing enggan berterus-terang. Itu sebabnya, sekecil-kecil masalah pun boleh mencetuskan pertengkaran, misalnya berbalah memilih saluran televisyen, tidak sependapat mengenai restoran pilihan untuk makan malam, malah waktu serta tempat tidur pun menjadi isu,” katanya.
Keadaan bertambah buruk apabila pasangannya yang berkerjaya tetap, memiliki segala-galanya, daripada rumah, kereta dan simpanan sendiri. Faktor ini dianggap Husairi mempengaruhi gaya hidup berdikari, melenyapkan perasaan hormat isteri terhadap suami sekali gus menjarakkan lagi kemesraan di antara mereka.
“Disebabkan isteri ada segalanya, dia enggan mengikut dan mendengar kata suami. Saya pernah mempelawanya tinggal bersama, namun dia menolak kerana ada rumah dan boleh hidup sendiri,” katanya.
Oleh kerana masih mahu memperbaiki hubungan suami isteri, dia dan isteri mendapatkan khidmat kaunseling, namun tidak berjaya kerana isterinya sudah terlalu lama memendam perasaan.
“Kami ambil keputusan berpisah kerana tidak mahu membazirkan usia muda dengan perkahwinan yang tidak bahagia,” katanya yang belum bersedia mencari pengganti.
Ditanya mengenai kesilapan yang tidak mungkin diulang andai satu hari nanti bertemu jodoh lagi, Husairi berazam tidak memendam rasa, berusaha memahami hati pasangan, berkongsi kehendak dan keperluan, selain paling mustahak, menerima kelebihan serta kekurangan pasangan seadanya. -Berita Harian-
Aku rasa lebih baik cikgu aku cari pasangan lain. Betul juga kalau aku fikir-fikir. Kebanyakkan perempuan zaman sekarang inginkan sesuatu yang melebihi daripada apa yang sudah dimilikinya. Kalau korang ada pendapat tentang hal cikgu aku ni,sila tinggalkan pendapat korang.
Kepada cikgu ery: Saya doakan yang terbaik untuk cikgu. Walau apa pun,you are still my cikgu. Memories dengan cikgu memang best. Even kadang-kadang, macam-macam I heard about you,but it doesn’t matter. Walaupun cikgu selalu buat perangai(emo x pasal-pasal) and ada big mouth,(kutuk kami yang dok belakang dalam kelas tu suka gossip la apa la), sebab cikgulah, BM saya and others dalam SPM, A1. ^^ Jasa mu dikenang sampai kesudah. Haha!
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 7:00 PTG 28 Tempahan
Kuning gigi bukan kuning digi
Perlu dijaga.
Harus digosok setiap hari.
Sekarang aku nak cakap pasal gigi.
Jika gigi tidak dijaga:
# nafas berbau
# gigi buruk
- gigi kuning
- gigi dipenuhi bacteria
- gigi ada sisa makanan yang semalam ataupun sebulan yang lepas
- gigi berasa sakit-sakit
- gigi tidak kuat
Kenapa harus kita menjaga gigi kita sebaik mungkin?
# melambangkan kebersihan diri
# mengelakkan diri daripada dijauhi orang ramai disebabkan nafas berbau
# boleh melemparkan senyuman paling hebat (nampak gigi sikit)
# nak tangkap gambar pun best (say cheese)
# mengelakkan gigi daripada rosak- xpayah nak pakai gigi palsu-kecuali yang dah berumur
Kalau nak cakap pasal kebersihan gigi ni,sampai besok pun x akan habis. Haha! Aku ada sejarah dengan orang yang malas gosok gigi. Gila lah. Aku terpaksa tahan dengan giginya yang kuning dan ada sisa makanan dekat celah-celah giginya serta nafasnya yang berbau macam longkang. Dah la bau macam longkang,perangai pulak macam bangang. Keh3~
Malas nak hurai panjang-panjang sebab kebersihan diri adalah penjagaan individu terhadap diri sendiri. Kalau gigi pun malas nak jaga,mestilah kebersihan badannya turut seperti giginya. Selalunya macam tu lah. Kalau muka x cantik ataupun x hensem,tapi gigi cun gila, gigi akan menjadi asset utama anda kelihatan sangatlah segak dan anggun. Aku bercakap melalui pengalaman. ^^
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 7:02 PG 8 Tempahan
Sabtu, 25 April 2009
Aku kreatif!
Perkara yang ingin aku lakukan semasa berada dalam keadaan yang tidak stabil :
# ingin bermandi manda di sungai bewak dekat dengan rumah
# bergambar di tengah jalan dan dilanggar kereta ataupun bas sahaja
# mengetuk kereta mini kesayangan bapak aku dengan hammer
# membaling batu besar-besar ke rumah jiran depan rumah yang bisu (sombong sebenarnya mereka itu)
# mencuri anak kucing dirumah tok
# menjilat tin milo
# makan nasi lemak pagi tadi yang telah dihurung oleh semut hitam
# bagi orang yang cari pasal dengan aku minum racun tikus
# gigit peti sejuk dan bola bowling
# meng-shake hp aku yang x boleh di-shake sejak dulu dan baling ke arah dinding mahupun lantai biar berkecai
Ada banyak lagi perkara yang terlintas dalam kepala otak aku ni. Semua perkara di atas bukan untuk dilakukan di alam nyata. Cuma dalam kepala otak. Terbayang-bayang sahaja. Hanya sekadar permainan dalam kepala otak. Aku masih waras untuk tidak melakukan perkara yang entah apa-apa seperti di atas. Nasib baik. Haha!
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 1:24 PG 12 Tempahan
Khamis, 23 April 2009
Kemarahan melanda
Tempat: Malas nak cakap sebab nanti ada orang terasa
Time: Sukar diramal
Memang betul aku cakap yang lelaki memang kedekut. Bukan la semua lelaki kedekut. Aku tujukan khas buat mamat-mamat sep duit. Adoi. Setakat nak belanja makan yang harga x sampai pun RM10 pun berkira. Macam la aku buta yang kau keluarkan duit untuk bayar makanan kau saja. Ni memang boleh menimbulkan kemarahan yang melampau. Aku bukan desperate sangat nak suruh mamat tu belanja. At least buat la charming sikit.
Dia boleh saja :
# cakap kat aku and kawan perempuan aku yang dia x cukup duit and nak kami tambah sikit.
# cucuk je duit kat ATM
# cancel makan dengan cara paling macho
Lepas aku tengok dia keluarkan duit untuk dirinya sahaja,aku terus bagi sekeping duit RM50 kepada kawan perempuan aku untuk membelanja kami semua. Then aku terus blah dari situasi tersebut. Menyampah. Bahalol. Fikir perut sendiri. Ingat aku kerek sangat ke x de duit? Heloo. Aku bila-bila boleh belanja ko makan kalo ko nak. Lagipun, bukan selalu sangat keluar dengan mamat tu. Aku harap-harap lepas ni memang x kan keluar dah dengan mamat keparat itu. Sengal. Bodoh.
Aku bukan la materialistic sangat. Sangat pelik bila nak belanja makan yang berapa sangat harga pun berkira tahap cipan. Melampau gila lah. Seriously aku menyampah tahap gaban. Nak je time tu aku sepak-sepak and tahikwando ko. Campak masuk dalam laut and ikat dengan batu besar biar x payah timbul. Ini bukan membunuh. Cuma mahu meyelamatkan dunia daripada dipenuhi lelaki yang macam sial.
Aku bukan anti lelaki pun. Kan aku dah cakap,aku boleh terima seadanya lelaki itu kalau dia TIDAK KEDEKUT! Perghhhh~ Dalam hal-hal macam ni memang aku mengaku yang aku anti lelaki kedekut. Harap maklong. Tidak suka dengan kutukan ini? Boleh berambus dari blog aku. Haha!
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 3:48 PTG 18 Tempahan
Rabu, 22 April 2009
Aku ikan pari
Aku dah dapat surat menyurat matrix. So,sekarang aku masih nak tunggu tawaran masuk U. Lepas tu baru aku buat keputusan samada nak masuk matrix ataupun x. Lupakan pasal jemputan dari istana raja.
Kembali ke alam nyata. Aku dah tengok cerita Queens of Langkasuka. Sangat best and sangat fulamak. Aku sangat suka kepada hero dalam cerita tu nama Pari. Ada part dia naik atas ikan pari. Gila ah. Kacak nak mampos. Macho gila vavi. Kalah John Cena aku. Pari suka dekat salah sorang puteri Langkasuka nama Ungu. Haha! Lawak gila nama-nama dalam cerita tu.
Antara nama yang ada dalam cerita tu :
# Hijau
# Biru
# Kadir
# Abd Rahman
# Bintang
Ada macam melayu sikit. Walaupun cerita Thailand, tapi ada gak nak selit-selit unsur-unsur kemelayuan di mana Bahasa Melayu digunakan untuk watak dalam cerita tu. Bak kata buku sejarah form berapa tah : Lingua Franca. Cewah~
Cerita ni dari tahun lepas dah tayang kat Thailand. Asal baru sekarang nak tayang kat Malaysia. Lambat betol. Kalau aku tau cerita ni dah lama keluar,dah lama aku tengok. Haha! Lepas ni ada cerita tajuk Power of 5 kids. Lebih kurang macam tu la tajuk dia. Cerita Thai gak. Cerita ni orang yang sama buat cerita Ong Bak. Aku konfem cerita tu mesti syok! Hero-hero cerita Thai, 80% mereka sangatlah kacak. Kah3! Sebab tu aku and kakak aku sangatlah suka tengok cerita Thai. Betoi dak kasara? =)
Itu saja. Makaseh kerana hisap estacy di sini. ^^
p/s: berambos sama lelaki kedekot sep duit langsung x charming perasan bagos cekik darah asek nak suruh pompuan belanja macam hare ja perangai patot campak dalam laut full stop
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 7:22 PG 10 Tempahan
Selasa, 21 April 2009
Sederhana baru
Semalam aku ada bagi something dekat kawan aku ni. Nah,aku saja nak promote buku ini untuk semua.
Tajuk: LUVE by Pingu Toha
The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy Siapa yang harus dipilih?
Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!
Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love.
Lalu bagaimana?
Penerima hadiah#
Kepada: Nurfarahin/ Pa-in
Jawatan : Ex timbalan president Jabatan Perlegoban Antarabangsa (JPA)
Alamat: Surabaya (bukan tempat sebenar)
Ulasan orang tentang beliau: JPA pulun nak mampoih
Ni hadiah birthday kau yang dah lepas. Sorry aku x bagi awal. Mana taknya,kau jauh. Lagi pun birthday kau time cuti. Haha!
p/s:So,sila beli. Sangat menarik. =)
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 2:01 PTG 10 Tempahan
Isnin, 20 April 2009
D.o.s.a bertambah
MANGSA: Nadia Samsudin
PEMANGSA: Seorang lelaki,dalam lingkungan 20tahun ke atas + kawan-kawannya (lelaki)
LOKASI: Surabaya (bukan tempat sebenar)
MASA: Sekitar jam 4 petang
Babih la kau wahai lelaki. Perangai macam setan. Kau nak potong kereta aku,dah tu dok dekat pulak dengan kereta aku. Aku dah beri laluan dekat kau. Siap injak ke sana sikit. Bongok la kau. Lepas tu boleh pulak korang satu kereta jahanam gelakkan aku. Haram sial mereka aku sumpah mati p***k laa. Ingat aku main-main kot. Kalau la tadi jadi apa-apa,x pasal-pasal aku kena tidur dekat rumah berhantu (hospital).
Sial betul. Aku tadi malas nak maki hamun sebab aku jadi takut. Aku tiba-tiba rasa takut sebab time kereta tu menghimpit kereta aku,sengaja aku hon sebab aku terkejut. Lepas tu,mereka ikot kereta aku dari belakang lebih kurang dalam 15minit. Aku masuk jalan yang aku pun xsure kat mana pun,kereta itu still ada kat belakang aku. Aku tau dia tau aku dah rasa cuak. Ya lah! Satu geng lelaki ikot aku. Nasib baik ada kawan-kawan aku. ThanxX Tazah,MJ and Farahin sebab ada dengan aku.
Gila weh. Aku dah x tau nak kata apa. SPEED la! Cangak lagi. Takot tau dak! Lepas tu,mereka sudah hilang dari pandangan mata kereta aku. Babi setan anak haram gila. Aku dah x tahan nak maki. Fuck kau la. Bodo sangat. Memang la aku baru dapat lesen,ingat aku bodo sangat ka xtau peraturan jalan raya macam mana. Bahlol kot. Aku harap kau bersama teman sebabi kau semua akan mampos hangit bersama kereta kancil hijau kau itu. Blah la kau babi. Aku maki bersebab. Kalau sapa x suka aku maki-maki ni,sila berambus dari blog aku. Ini bukan main-main. Harap maklong. Macam mana aku nak respect orang kalau orang x respect aku gak. Renung-renung kan. ^^
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 11:49 PTG 23 Tempahan
Ahad, 19 April 2009
Menjadi gamer terhebat
Semalam aku berfoya-foya bersama teman-teman sekolah rendahku yang terchenta. Dah lama aku x jumpa mereka-mereka itu. Tapi, aku boleh rasa macam aku agak kaku dan x banyak ngomong dengan mereka-mereka semua. Bukan kerana aku tiada idea untuk memulakan perbicaraan. Cuma, otak aku macam blank sebab aku kekurangan tidur. Pada semalamnya, aku tidur teramat sangat lewat daripada hari-hari biasa kerana sibuk bermain game. Haha! Biasalah,bila aku mula saja bermain game,aku tidak akan berhenti main. Malah,aku akan cuba untuk mempertingkatkan lagi skill game aku. Wawawaawa! Gila buat seketika. X_x
Mulanya, kami lepaking dekat Jusco Perda City. Pastu rasa macam x best ja. So, we decided to have fun dekat Queensbay. Memang best lah. Sebab dah lama sangat dah x keluar foya-foya macam ni. Merekalah teman-teman aku yang segilak sekepala semereng yang havoc! Actually, kawan-kawan aku nak tengok wayang cerita ‘Jangan Tegur’. Aku x beberapa minat sangat nak tengok wayang cerita melayu dekat cinema. Rasa macam x menarik perhatian sebab nanti mesti keluar tv jugak. Tapi,x pa ah. Aku nak try tengok cerita ‘Jangan Tegur’ tu. Nampak macam boleh layan.
Di dalam panggung:
Aku – berada dalam situasi yang tidak stabil. Memikirkan macam-macam. Menutup mulut. Menutup muka dengan bag aku bila ada adegan yang tak terduga. Jantung tercabut buat sementara. Nak menjerit tetapi otak masih terkawal dan waras. Jadi seperti siput. Sangat sejuk. Terkentot. Terpegang kepala orang depan aku. Entah macam mana boleh terpegang. Takut la kot. Hehe~
Pengakuan sebenar daripada aku :
Ok,senang cerita aku nak cakap yang aku agak x beberapa suka tengok cerita hantu. Tambah-tambah hantu melayu. Sebab otak aku ni sangatlah susah untuk melupakan sesuatu perkara. Nak bagitau yang aku rasa macam agak takut la jugak kalau berlaku dalam real life aku sendiri. Yalah, aku kan orang melayu. Aku harap-harap x jadik la macam tu dalam hidup aku. Woah! Mintak simpang. Tapi,cerita bunuh-bunuh, memang aku layan habis. Haha! Ini perkara yang paling jujur pernah aku mengaku di hadapan umum. ngaa~ ^^
Yang pasti,aku dah tengok cerita Friday The 13th! Yesh! Impian aku telah terlaksana. Best! Aku rasa puas sangat sebab cerita tu gila vavi ah. Potong kepala. Darah la. Terkoyak kulit la. Kulit terbakar la. Macam-macam beb. Sangat suka sama itu cerita. Kasara yang lanja. Wahahaha! Makaseh beb. =)
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 10:01 PG 12 Tempahan
Sabtu, 18 April 2009
Sangat diperlukan
Hari ni aku nak mintak tolong sesiapa yang rasa nak tolong aku.
Ada la aku punya sahabat spesel kes yang fucking damn perangai macam hantu, paksa-paksa aku buat something. Aku dah bagitau kat dia yang aku xmau melalukan perkara terkutuk itu. Dia masih nak paksa-paksa aku. Masalahnya aku dah janji sumpah setia x mau buat.
Tapi dia tetap berdegil dan masih nak aku melakukannya. Setiap kali aku on saja YM,soalan yang sama diajukan kepada aku. Tidak! Aku masih dengan keputusan aku. Ada kalanya aku rasakan best jugak kalau aku melakukan hal itu. Bukannya ada sesiapa nak halang aku. Lagipun,bukan ada orang tengok pun. Haha!
Nak? Xnak? Aku masih berstatus : konpius!
Macam-macam perkataan yang dilemparkan kepada aku,apabila aku masih tidak memberi jawapan kepada soalan kau itu. Bila idea sudah muncul,nahas la aku spam ym kau dengan perkataan-perkataan aku pulak. Haha!
Maafkan aku ya nenek. Aku bukan nak kutuk kau. Saja ja mau post blog hari ni pasal kau. Sebab kau yang paksa aku buat benda tu. Kan aku dah cakap yang aku masih confuse. Petak atau bulat masih dalam kepala otak aku. Kau begitu pandai dalam bab-bab sastera.
Apa pandangan orang lain jika aku terima lamaran kau itu? Susah la. Aku dah mintak pendapat daripada orang-orang yang terdekat dengan aku. Mereka tidak berkata apa,malah membisu. Mestilah,dah aku tanya dalam hati. Mana ada orang nak jawab. Sebab aku fikir,ni masalah aku. Bukan masalah mereka. Baik aku selesaikannya sendiri. Aku rasa itu saja jalan yang terbaik buat aku. Aku perlukan masa untuk berfikir dengan lebih waras.
So,apa korang rasa URL yang sesuai untuk blog aku ni. Aku lebih suka jika nama aku dikekalkan. Susah betul aku nak cakap. Aku rasa,aku masih dengan keputusan aku kot. Aku x mau tukar yah nenek. Harap kau faham sebab nama aku HOT dari nama kau,nenek. Haha! Korang ada pendapat? Sila kentot di post ini. ^^
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 7:29 PG 8 Tempahan
Jumaat, 17 April 2009
Tagged by Felly
Question: Letak gambar 'Hero/Heroin Cilik' yang korang suka/sayang. tak kira lah lelaki/perempuan/adik/adik sepupu/ pelakon ke apa ke. tak kisahlah asalkan dia masih kanak-kanak bawah umur. kemudian sila Explain kenapa anda memilih kanak-kanak tersebut sebagai Hero cilik.
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 9:57 PG 5 Tempahan
Aku berlakon Matrix
X tau nak cakap apa. Yang pasti,ramai gak geng2 seangkatan dengan aku dapat tempat yang sama. wuhuuu!
Kecoh gila nanti.
Jumpa kat sana nanti nah kawan-kawan ku yang dah berapa bulan kita tak jumpa. Lalallalalal. Mish u all damn much. ;)
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 2:11 PG 21 Tempahan
Khamis, 16 April 2009
Untuk perhatian
Waduh,gawat ni. Aku dah malas nak topap. Lepas tu, aku dapat banyak sms pulak dari kawan-kawan aku. Macam mana la aku nak reply. Heloo. Kalau korang baca blog aku ni,harap-harap korang paham dengan masalah aku yang boleh disama ertikan dengan malas. Ya,sebetulnya memang saya sangat malas. Malas nak pergi kedai topap. Walaupun kedai topap dekat saja dengan rumah aku,tapi aku masih dalam keadaan malas. So,tiada ubat yang dapat menghilangkan penyakit malas aku ini. Adakah aku malas untuk berjalan ke kedai topap? Ataupun aku malas untuk memperabih duit aku untuk topap? Biar aku merenung sendiri hal ni. Korang x payah nak sibuk.
Sejak dua menjak ni, aku rasa macam penyakit malas aku sudah meningkat 10%. Ini akan menyusahkan seluruh isi keluarga.
Kalau aku malas tahap kritikal,ini akan menyebabkan :
# baju tidak dibasuh
# bil air pun dah makin kurang sebab x mandi
# rumah tidak disapu
# rumah dalam night mode setiap masa
# aku tidak keluar bilik sampai rasa lapar gila vavi
Kalau aku malas sebegini rupa,aku akan:
# kena marah dengan mama
# kena beleter dengan bapak kalah mama
# kena kungfu dengan bapak
# mati terkejut bila mama mula bukak silat
# mati kelaparan sebab takut nak keluar bilik bila mama and bapak mengamuk
Aku kena lari dari penyakit merbahaya ini. Sebab kalau dah tahap kritikal,memang susah ah. Aku pun x beberapa suka sangat kalau aku malas macam tu. Kalau malas biasa-biasa tu,boleh la diterima umum. Haha!
Kepada kawan-kawan aku yang dah lama aku x sms ataupun reply sms korang,harap maklong aku sekarang sudah malas nak melihat talipon kecuali bila time nak tido. Haha! Maafkan saya. Saya bukan sombong. Sila berhubung saya melalui internet yah. Agagagaggag! Maklom la orang darah sebati dengan teknologi. Lalalalalla~ perasan sementara. Daa. =)
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 7:27 PG 16 Tempahan
Rabu, 15 April 2009
Tagged by Anna
1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?
Oh,soalan yang pernah dijawab. Sila rujuk tag aku yang dahulu kala.
2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?
Susah nak ramal. Haha!
3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
Bunuh diri berdosa beb! :)
4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus!
Saya tidak peduli. Sila berambus dari blog saya. Haha!
5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluarga lah?
Masih terlalu awal nak fikir pasal kawen.
6. Kalau tiada lagi hari esok?
Ish,amalan belum cukup. Saya nak esok ada!
7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?
Wow,rasa mau terajang!
8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?
Saya mahu melihat menu itu dahulu. Lalalalalal~
9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
Bengong punya soklan!
10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati? Nyatakan nama artis/selebriti tersebut.
Banyak.
11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
Buat dosa saja. Kalau bunuh orang x dosa,dah lama aku buat part time.
12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?
Makaseh. Anda sangat baik.
13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
Oii,mintak simpang la. :O
14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?
Fulamak, susah nak bayang. Keh3~
15. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
Soklan bongok. Apa benda merepek tah.
16. Kalau anda memenangi anugerah? Dan anugerah apa yang anda inginkan?
Entah. Aku x ingin untuk menjadi femes.
17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?
Bangladesh. keh3~ Belum fikir lagi.
18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
Tidak mahu sama sekali.
19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
Gila vavi la. Nak cemburu pekehel? Xdak keja lain kot.
20. Mengenai orang yang tag kamu ni?
Anna
# dalam proses mengorat beliau. Haha!
21 : I'm tagging :
# Kasara ♥
# Ketot
# Nadia Faudzi
# Wani Rush
# Nana awek aku
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 8:03 PG 13 Tempahan
Selasa, 14 April 2009
Expired
Nampaknya masa yang aku berikan kepada mamat x guna kepala otak bila berfikir telah berakhir begitu sahaja untuk dia merujuk aku kembali setelah dia dumped aku sebab alasan yang macam haram jadah. Lama weh masa aku bagi. Well,aku saja nak cerita balik perkara yang membuatkan kami bercerai. Haha!
Sebenarnya aku tau dia berskandal belakang aku bila mamat itu invite aku untuk bermain Mlife under maxis. Kepada sesiapa tidak tahu menahu pasal Mlife ni,dia lebih kurang macam myspace la kononnya. Tapi x best pun. Macam apa g. Tapi,macam mana aku boleh layan pulak benda-benda macam tu. Maybe, sebab mamat itu yang ajak aku. Nak jaga hati dia,so,aku join ja lah.
Tiba-tiba satu hari,ada la minah ni komen aku dekat Mlife and mengaku yang dia sayang mati macam tak boleh hidup kalau tiada mamat itu. Dia salahkan mamat itu bagi harapan apa benda tah pompuan tu merepek kerepek. Malas aku nak layan. Senang cita,aku terus tanya mamat itu. Dengan senang hati dan konon-konon x mau menipu aku,jujur la sangat, dia start nak cerita semua.
Before aku main Mlife, dia ada kenal pompuan ni dalam Mlife tu. Pompuan tu mintak tolong mamat tu berlakon jadi boyfriend dia sebab nak bagi mamat mana tah jealous. Cilaka punya alasan.
Mereka bersalah.
Mamat x guna otak: Yang ko g setuju apasal? Nak mampos? Bongok tol. Pompuan tu tobat ar tersuka dekat kau. Bahlol! Senang cita, kau bodo.
Pompuan cilaka: Bitch la kau betina. Dah tau dia tu bf orang,jangan la nak kacau. Otak letak kat lutut ka? Setan pun lagi bagos dari kau.
Bila aku tau hal sebenar,mula aku nak maki hamun si mamat itu. Rupa-rupanya,tiap kali kalo dia sms dengan aku,time yang sama dia akan sms jugak dengan pompuan cilaka itu. Aku rasa macam kena tipu. Memang kena tipu pun. So,dia mintak maap kat aku sampai menangis. Itu hanya dalam telephone. Kalau real life, mana aku nak tau. Tah-tah dok gelak belakang aku sebab kata aku ni free-free saja masuk umpan. Kurang ajar betol.
Cakap kata sayang aku konon. Minah tu just skandal. X membawa maksud apa-apa. Can’t live without me konon. I’ll get some flowers for the day that you are buried. Aku sengaja tunggu dia mintak clash dengan aku. Aku boleh ja kalau nak mintak clash bila-bila masa. Lepas dia cakap nak clash,aku rasa macam nak menjerit and x nak berhenti menjerit macam orang sasau. Konon. Padahal macam best ja jadik single. Haha!
Aku dah bagi banyak masa dekat mamat itu untuk rujuk aku balik. Tapi dia x rujuk and aku pun dah malas nak tunggu. You fooled me once but you can’t have that ego turning. Tapi kekadang dia sms aku or tepon aku gak. Aku just layan ah sebab aku pun tau main-main gak tolol. Biar kau sengsara. Dengar cerita pulak, dia couple dengan minah cibai itu. Haha~ Rasanya dia sangat desperate untuk ada gf. Biarkan dia. Malas nak hurai panjang lebar. Itu saja. Lebih baik aku single lah. Sebab memang dulu pun aku single. Dia kira bagos ar jadik bf 1st aku. Haha!
P/s: Aku dah maafkan ko. Tapi I won’t forget. People make mistakes, but I just think your ass is fake. X mati pun kalau x da bf. agagagagag~
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 7:00 PG 20 Tempahan
Isnin, 13 April 2009
Hari Isnin aku nak Jumaat!
Hari ni aku sedang meng-on9-kan diri bukan dirumah. Aku sedang berfoya-foya di luar. Aku cakap aku nak tengok Friday The 13th! Aku serious ni. Kasara ni bukan nak belanja aku tengok. Aku pulak bf x da nak ajak dating. keh3~ Kalau ada bf kaya,senang sikit hidup aku. Pergi ja mall,pau bf aku sampai kering. Lalalalal..
Saya bukan jahat. Saya nak bf yang tak kedekot. Oh,lebih baik aku single sampai aku rasa time sesuai nak bercinta sekali lagi. Bukan aku ni mengada-ngada nak bf yang kaya,saja angan-angan semata-mata. Kalau jadi kenyataan pun x salah. Aku hanya mampu berdoa kot harap-harap dapat bf yang ok la. wawawawaw~ (tidak kedekot!) Haha!
So,sekarang masalah aku adalah nak tengok wayang! Paham x! Aku nak tengok cerita tu. Sesiapa sila culik aku dan bawak aku pergi dating kat GSC yang ada cerita yang aku mengidam nak tengok. Harap maklong.
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 4:00 PTG 9 Tempahan
Ahad, 12 April 2009
Hari ini pasal hari tu
Ini semua pixx yang aku ambil masa vacation kat Langkawi hari tu. Semua ada 13 gambar terpilih. Aku just letak 13 pixx sebab nak bagitau yang aku nak tengok cerita Friday the 13th!!! Bila tah nak pergi tengok. Kepada kasara: Cepat la woi belanja aku tengok cita tu. haha!
1st day:
2nd day:
Last day:
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 9:30 PTG 10 Tempahan
Sabtu, 11 April 2009
Tagged by Farha
Apakah benda paling penting dalam hidup kamu?
Nyawa
Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
Rantai shell kasara!!! :O
Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Atas kapal
Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
Dengan shiapa dong?
Adakah kamu dilamun cinta?
Dilamun ombak
Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Di kedai ikan bakar Langkawi. :)
Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Komik
Apakah nama penuh kamu?
Nadia Samsudin
Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Mamabapak
Namakan seseorang yang kamu ingin berjumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Enrique Iglesias
Sebutkan 7 sabahat PALING rapat dengan anda?
Sangat ramai la
Adakah kamu mencuci pakaian kamu sendiri?
Tidak smua.
Tempat yg paling seronok kamu mahu pergi?
Atas kapal pusing satu dunia
5 perkara tentang org yang tag kamu
Farha
# nice person
# kiut dowh
# sweet
# muda setahun ja dari aku
# dok penang gak sama ngn aku
Tag 5 orang
1. Marlina
2. Amir Acap
3. Ainina
4. Nawal
5. AHMAD NAZRI AZMI MOHAMMED ;)
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 2:20 PG 12 Tempahan
Jumaat, 10 April 2009
Kisah cuti aku
apeyangpenting?kerjesame~
Aduhh.. Aku penat gila nih. So,lepas aku sampai ja rumah + mandi biar wangi-wangi + spa badan + tidur + makan banyak-banyak, baru aku akan update blog untuk hari ini. <3 u all~
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 1:00 PTG 12 Tempahan
Khamis, 9 April 2009
Koya-koya
Sedang bercuti bersama-sama teman-teman. Bila aku dah balik nanti,aku upload pixx aku di sini untuk tatapan semua yang singgah minum kopi kat blog aku. Haha! Aku x banyak benda sangat nak ngomong. Tapi entah ya atau tidak sis aku, dia merajuk sebab x boleh ikut aku berkoya-koya. ‘=_=
“Aku x mau tidoq sini masa ang p sana. Aku tidoq umah pak ngah!”,katanya beberapa hari yang lalu. (Lokasi: bilik kasara,rumah,bumi)
Kita tunggu dan lihat saja. Aku akan pulang besok. Merajukkah engkau wahai kekandaku? Haha! Aku bawak balik punya benda untuk kau. Xyah nak risau. Wawawawawa~ doakan aku selamat sampai. Hehe!
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 12:00 PTG 6 Tempahan
Rabu, 8 April 2009
Tagged by QueenMia
Adakah anda suke blogging? kenapa ?
Sangat suka. Entah. Dah sebati dengan darah O
Blog siapa yg selalu anda skodeng? nyatakan 5.
Mereka-mereka yang menjadi follower blog aku. Sangat suka kerja menyekodeng nih. Haha!
Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? yang boleh menemani dan menyayanyi anda sepenuh hati? dan siapakah orang itu ?
Mesti la nak. Jodoh di tangan Tuhan. Sesiapa saja lah.
p/s: apa la laki aku tengah buat sekarang? Tah-tah tengah buat roti canai. Wow. ngehh~
Taken or single? mane lagi bagus ?
Dua-dua ok saja bagiku. No komen sangat. ^^
Pernah tak cinta anda tidak dibalas ?
Cinta time tadika kot sebab suka kat budak cina yang duk sebelah. Keh3~
Nama dia ONG~
Ciri-ciri idaman gf/bf anda? Nyatakan 5
- setia
- beriman
- bertanggungjawab
- jujur
- ikhlas
cewahhh~
Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
Dalam lingkungan 24-27 kot. Rasanya lah.
Nak berapa anak ?
Mak cik aku cakap darah aku just boleh ada 2. waaaa~ x tau lah.
5 orang bertuah yang anda ingin tag?
# Kasara
# Marlina
# NANA
# Naz
# Nisa
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 9:30 PG 6 Tempahan
Selasa, 7 April 2009
Hampir-hampir
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 2:19 PTG 6 Tempahan
Tagged by Kasara
1. Copy title kat atas tu.
2. Buat satu sedikit "kenyataan" tentang "Outfit" kegemaran korang,macam pendahuluan.
3. Cari "Outfit" kegemaran korang kat "Google Image Search"
4. Tak kire la ape segala occasion yang korang suke pakai macam gi party ke, gig ke, berak ke.
5. segale pakaian mestilah start dari kepale hingge ke kaki.tak kire la brape banyak pon. accessories pon boleh,yang rare,mane-mane pon boleh.janji termasuk dalam kategori pakaian.
6. letak caption kat setiap gambar.macam brand ke,lagi best kalo ngan harge skali.
7. lastly,buat kesimpulan tentang outfit favourite korang.lantaklah kalau korang ni perasan ke.
8. pedajal 6 orang member korang dengan menge"tag" mereka.=D
I WEAR THESE
HANGING OUT / LEPAK / CUCI MATA
Tudung xkisah sangat warna apa asalkan match la dengan baju+ long sleeve+ jeans +kasut+gelang.
*x cerewet bab-bab jenama nih*
komen: Pakai lah apa-apa pun. Janji selesa.
DRESSED TO KILL FUNCTIONS
Tengok seperti di atas. Macam tu lah. x larat nak explain. Kasut ikut yang sesuai dengan baju.
*x cerewet bab-bab jenama nih*
komen: Rasa sesuai saja ah.
IN THE MOOD FOR LOVE?
hak3! ^^ tah la.
No komen~
Aku nak tag: Ainina, Marlina, Nana, Nisa, QueenMia, and Nawal.
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 10:00 PG 6 Tempahan
Isnin, 6 April 2009
Kelamaan
Aku lebih suka update blog pasal sesuatu yang menjadi bahan ketawa aku seharian. Actually nak promote cerita kartun lagi satu. ‘Oggy and the cockroaches’. Memang best lah. Kalau sesiapa yang dah pernah tengok cerita nih,mesti akan sokong aku yang cerita ni syok. Cerita ni time aku darjah 2 kot kalau x silap.
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 9:59 PG 14 Tempahan
Ahad, 5 April 2009
Vacation
Countdown untuk vacation dalam beberapa hari lagi. Maybe aku akan pergi pada hari Rabu sampai Jumaat. Wawawawawa. X sabar nak melancong. Aku and beberapa kawan aku try nak pergi vacation kat Langkawi. Walaupun Langkawi jiran negeri aku (dekat la maksudnya),kami just nak luangkan masa bersama. Cewahh! Biasalah. Nama pun orang tengah menganggur. So,x dak apa-apa nak buat kat rumah.
Kami dah kira semua kos perjalanan dan penginapan kami. Boleh la dalam Rm200. Ok. Aku rasa macam x la mahal sangat. Berkemampuan la jugak. Nasib baik la aku ada kawan yang tinggal kat Langkawi. So,boleh la aku dengan kawan-kawan aku yang lain nak koya-koya satu Langkawi dengan menaiki kereta yang akan dipandu oleh kawanku itu. Huih. Bawak baik-baik weh. Mentang-mentang dah dapat lessen. Haha! Aku belum kawen neh.
Wah! Aku harap nanti semuanya akan berjalan lancar. Kami akan menaiki bot dari Penang terus ke Langkawi. Bapak lama nak mampos. Aku dah la cepat mabuk laut. Haha! Harap-harap nanti x ada apa-apa yang buruk yang akan menimpa aku dah kawan-kawan aku yang lain.
To Tazah: Kat sana kita diet lah. Sep sikit duit. Nama pun makan angin. Telan angin dah ar.
To Nawal: Aku ada tips nak kenyang cepat. Minum ayaq gas weh. Tobat belehak. Brurrbbbss!
p/s: Over night kat jalan pun boleh. X pun bawak ja khemah. Lepak kat pantai. Ombak sapu kita,tah-tah sampai balik kat Penang. Sep sikit duit tiket bot balik. Haha!
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 10:10 PG 15 Tempahan
Sabtu, 4 April 2009
Perkara sebenar
Aku masih tidak paham. Apa maksud mereka yang mahu mengungkit sejarah yang sudah lama telah berlaku. Aku tertanya-tanya mengapa harus mereka menceritakan hal yang sudah lepas. Itu perkara yang lalu dan tak perlu untuk diungkitkan kembali. Aku hanya boleh memberi nasihat agar kau tetap sabar dan tidak mengendahkan apa yang telah diperkatakan oleh mereka.
Yang pasti,mereka tidak tahu perkara yang sebenar terjadi pada waktu itu. Hanya aku dan kau serta beberapa orang yang berada di situ yang melihat kejadian berlaku. Sudah. Aku tidak mahu menceritakan lagi hal itu. Sekarang aku hanya tidak berpuas hati kepada mereka yang suka mengungkit perkara yang dah lepas. Semua orang mahu melupakannya kisah silam yang pahit,tetapi kenapa masih ada manusia yang langsung tidak mempunyai belas simpati terhadap manusia yang lain yang ditimpa musibah. Harus kita renungkan bersama.
Aku amat berharap agar kejadian itu tidak pernah terjadi dan tak akan terjadi. Tetapi semua ini mustahil kerana perkara itu sudah berlaku dan memang kita tidak dapat menghalangnya. Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang telah diaturkan oleh Tuhan bukan sengaja diaturkan begitu. Pasti ada baik dan buruknya. Ada sebab mengapa Tuhan aturkan sebegitu rupa.
Aku rasa memang sekarang waktu yang sesuai untuk kau lupakan segala yang telah terjadi. Lagipun, perkara tu dah lepas. Tak perlulah kau nak kenangkan kembali disebabkan mereka-mereka yang asyik mengungkit perkara tersebut. Ok aku paham. Aku x berada di tempat kau. Aku just bagi pendapat aku. Dan kau sendiri yang meminta aku memberikan pendapat aku.
Mungkin kau masih rungsing. Baik kau cari ketenangan untuk diri kau dan mulakan hidup baru. Itu yang terbaik. ^^ Aku sebagai seorang sahabat,hanya mampu untuk memberikan nasihat dan kata-kata semangat untuk kau, walaupun hakikatnya aku pun otak tak betul sangat. Haha! Chill la beb. Don’t worry be happy~
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 10:10 PG 10 Tempahan
Jumaat, 3 April 2009
Ini best kan?
http://www.youtube.com/results?search_type=&search_query=happy+tree+friends&aq=0
Dare to click and watch. ^^ agagaggag~
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 9:00 PG 15 Tempahan
Khamis, 2 April 2009
Sengaja suka-suka
Semalam aku sengaja nak cari pasal dengan kawan aku sorang ni. Perbualan aku lebih kurang macam ni ah. (A=aku, D=dia) sekitar jam 0037.
A: weh..aku..
D: apa??
A: tak dak apa ah. Lupakan ja.
D: weh,jangan la macam ni. Bagitau ja lah. ****
A: mana ada apa. Aku lupa la beb. Hahahahhaha..
D: ko jangan la buat aku macam ni. Aku rasa macam penting ja apa yang ko nak bagitau.
*aku macam terpelik. Penting ka? Sedangkan aku pun x tau apa yang aku nak cakap. Haha!*
D: x pa ah weh. Aku chow dulu ah.
A: laa,xkn merajok kot. Aku melawak ja lah. chill la beb.
Kawan aku chow terus lepas dia cakap dia ada hal nak buat. Aku tau dia merajuk. Adoi.
Silap la aku nih. Aku dah la x pandai nak pujuk orang. Ah~aku buat x tau saja ah. Sebab aku dah masak dengan perangai dia. Orang yang pemaaf. Haha! Aku puji ikhlas ni. Aku try la sms dia and cakap yang aku just kidding. Tapi,dia x reply pun. Yah. Aku dah cakap sorry,tapi x da respond. zzzzzzzzZZZZZzzzz…….keadaaan menjadi semakin gelap. O_0
Aku tidur. Bangun. Kemas rumah. Dalam pukul 1430,dia msg aku macam biasa. Aku saja ah nak cari pasal lagi,x reply msg dia pulak. Balas dendam. Haha! Pastu, dia taip sms panjang nak mampos and sent kat aku. Msg tu lebih kurang macam ni:
“weh,jangan la merajuk. Aku tau semalam aku over act sikit. Aku x dak niat pun nak bagi sakit hati ko. Patutnya aku yang merajuk gila sebab ko yang cari pasal dengan aku. nasib baik aku dapat hidayah nak maafkan ko. Bla bla bla bla….” Apa lagi tah dia karang. X larat nak tulis. ^^
Aku just ketawa guling-guling. Kesian betul kawan aku. Jahat la aku ni. So,aku reply msg dia 2jam lepas tu.
“Weh,sejak bila Hidayah jadi awek ko? Sejak bila ko suka perempuan ni? Wahhh. Haha!”
Dia reply.
“Ko ni bab-bab nak pekena aku no.1. Ko tgk ah,nanti aku balas cash! Dah ar reply msg macam sipot”
Lepas tu aku dah x reply msg dia sebab kredit dah kiok. Haha. Sorry beb. Kalau ko baca blog aku ni,mesti ko akan tau rahsia aku yang aku sengaja nak pekena ko. Agagaggaag~
Notis Penyelenggaraan Oleh Nadia Samz pada 9:19 PG 11 Tempahan