Sabtu, 4 April 2009

Perkara sebenar

xoxo



Aku masih tidak paham. Apa maksud mereka yang mahu mengungkit sejarah yang sudah lama telah berlaku. Aku tertanya-tanya mengapa harus mereka menceritakan hal yang sudah lepas. Itu perkara yang lalu dan tak perlu untuk diungkitkan kembali. Aku hanya boleh memberi nasihat agar kau tetap sabar dan tidak mengendahkan apa yang telah diperkatakan oleh mereka.

Yang pasti,mereka tidak tahu perkara yang sebenar terjadi pada waktu itu. Hanya aku dan kau serta beberapa orang yang berada di situ yang melihat kejadian berlaku. Sudah. Aku tidak mahu menceritakan lagi hal itu. Sekarang aku hanya tidak berpuas hati kepada mereka yang suka mengungkit perkara yang dah lepas. Semua orang mahu melupakannya kisah silam yang pahit,tetapi kenapa masih ada manusia yang langsung tidak mempunyai belas simpati terhadap manusia yang lain yang ditimpa musibah. Harus kita renungkan bersama.

Aku amat berharap agar kejadian itu tidak pernah terjadi dan tak akan terjadi. Tetapi semua ini mustahil kerana perkara itu sudah berlaku dan memang kita tidak dapat menghalangnya. Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang telah diaturkan oleh Tuhan bukan sengaja diaturkan begitu. Pasti ada baik dan buruknya. Ada sebab mengapa Tuhan aturkan sebegitu rupa.

Aku rasa memang sekarang waktu yang sesuai untuk kau lupakan segala yang telah terjadi. Lagipun, perkara tu dah lepas. Tak perlulah kau nak kenangkan kembali disebabkan mereka-mereka yang asyik mengungkit perkara tersebut. Ok aku paham. Aku x berada di tempat kau. Aku just bagi pendapat aku. Dan kau sendiri yang meminta aku memberikan pendapat aku.

Mungkin kau masih rungsing. Baik kau cari ketenangan untuk diri kau dan mulakan hidup baru. Itu yang terbaik. ^^ Aku sebagai seorang sahabat,hanya mampu untuk memberikan nasihat dan kata-kata semangat untuk kau, walaupun hakikatnya aku pun otak tak betul sangat. Haha! Chill la beb. Don’t worry be happy~

10 Tempahan:

Sarah Samz berkata...

manusia ni kadang-kadang tak suka tengok orang lain senang.
ada saja benda yang dia usahakan untuk tengok orang yang gembira kini di rundung kesedihan semalam.
benda yang lepas tu biar la jadi teladan, tak usah bawa berbincang lagi.
beb, kalau nak berjalan pun orang pandang depan, mana pandang belakang.
kalau asyik pandang belakang, kang bila dah terhantuk buat kali kedua baru nangis tak berlagu. tabik spring la ko cakap dgn si durjana sialan tu.

amir acap berkata...

jgn diknanag dong knangan pahit, but jadikan die pngajaran..hehehe..
chiill beb..!!
hee..

Nadia Samz berkata...

kasara: haha! biasa ah.
^^ aku hebat.

Nadia Samz berkata...

amir: haha! betul.

naz berkata...

mmm kalau tiada cerita semalam kita takkan belajar cerita hari ini :)

ainina berkata...

bagus!
nanti ada masalah nak p cari hang~
:P

Nadia Samz berkata...

naz: yah. betol. tp x perlu nak ungkit la beb.

Nadia Samz berkata...

ainina: mai ah.
haha!

nisay berkata...

Best best cara anda menulis! Hehe.

Nadia Samz berkata...

nisay: thanxx~
:)

 
template by nadiasamz