Sabtu, 25 April 2009

Aku kreatif!

lukisanpalingcantik
Tiada mood buat sementara waktu dan rasa mahu menaboh dan penerajang orang. Tiada mood untuk berbicara menggunakan suara. Siapa yang nak cari pasal dengan aku,tu yang aku rasa macam nak sepak muka biar senget. Aku ada masalah? Rasanya tiada. Rasanya seperti percikan hormone aku tidak begitu stabil dan tidak mengikut sukatan yang sepatutnya.

Perkara yang ingin aku lakukan semasa berada dalam keadaan yang tidak stabil :

# ingin bermandi manda di sungai bewak dekat dengan rumah
# bergambar di tengah jalan dan dilanggar kereta ataupun bas sahaja
# mengetuk kereta mini kesayangan bapak aku dengan hammer
# membaling batu besar-besar ke rumah jiran depan rumah yang bisu (sombong sebenarnya mereka itu)
# mencuri anak kucing dirumah tok

# menjilat tin milo
# makan nasi lemak pagi tadi yang telah dihurung oleh semut hitam
# bagi orang yang cari pasal dengan aku minum racun tikus
# gigit peti sejuk dan bola bowling
# meng-shake hp aku yang x boleh di-shake sejak dulu dan baling ke arah dinding mahupun lantai biar berkecai

Ada banyak lagi perkara yang terlintas dalam kepala otak aku ni. Semua perkara di atas bukan untuk dilakukan di alam nyata. Cuma dalam kepala otak. Terbayang-bayang sahaja. Hanya sekadar permainan dalam kepala otak. Aku masih waras untuk tidak melakukan perkara yang entah apa-apa seperti di atas. Nasib baik. Haha!

12 Tempahan:

latte berkata...

epinephrine tga byk 2.
derma r sket

Sarah Samz berkata...

top five ni aku suka :

# ingin bermandi manda di sungai bewak dekat dengan rumah
komen : geliiiii syallll!

# bergambar di tengah jalan dan dilanggar kereta ataupun bas sahaja
komen : jom datim atas bumbung smbil tgk sunset, mau?

# mengetuk kereta mini kesayangan bapak aku dengan hammer
komen : nak mampus?

# membaling batu besar-besar ke rumah jiran depan rumah yang bisu (sombong sebenarnya mereka itu)
komem : si bisu dah pindah, skrng yang stay rumah tu sepupu sepoyang bisu.

# mencuri anak kucing dirumah tok
komen : jom, alang2 tok dkt KL. Muahahahaha!

Shazana Samaluddin berkata...

u ni knape syg?
i tau u rindu i.
tu yg emosi kurang stabil kan ;)

fatimah arr berkata...

cm best jek..
hehehe.. ;-p

naz berkata...

datang bulan ker? haha gunalah mamy poko :)

Nadia Samz berkata...

latte: haha! bukan untuk di derma.
:P

Nadia Samz berkata...

sarah: haha! aku rasa macam best ja buat suma tuh.
jum3~ no satu tu paling best.
XD

Nadia Samz berkata...

nana: haah! mish u tau. asal u jauh sgt ngn i. keh3~

Nadia Samz berkata...

fatimah: haha. mmg best.

Nadia Samz berkata...

naz: itu jenama murah. harap maklong.

syakey berkata...

mcm org kurang ok di minda :P

*ayat paling baik :P

Nadia Samz berkata...

haha.
masalah jiwa.
ngaa~

 
template by nadiasamz